BOIKOT
colgate
coca-cola
mc'donald
mata wang dolar
starbucks coffee house
kentucky fried chicken
gambar yang dirakamkan di simpang lampu isyarat di pekan tambun, semasa pulang kerja tadi.
Haa ini yang lebih penting dari segi kebersihan, dari kecik lagi, sebelum tidur, abah akan tanya aku. Adik..adik dah gosok gigi ka. Dah abah....! Haa. Korang nak tahu ke, aku pakai ubat gigi dan berus gigi apa. Dah tentu la colgate. salah satu produk yang bakal di boikot. kita rakyat malaysia, sekarang ni, memang tak dapat lari dari colgate. Bukan apa. dah memang lumrah. Tapi aku yakin, kali ni, mesti boleh punya. Ye laa bukan setakat jenama colgate je, yang ada kat malaysia ni, Darlie ada.. Fresh n white ada.. Haa. kayu sugi pun dah keluar balik.. Boleh guna jugak kan..
Walaupun telah diisyhtihar kan sebagai minuman yang berpotensi nak kena kencing manis. Takpe, kita still minum jugak kan. Sebab nya, minuman coca-cola, sedap kan.. manis kan... Jika, tak minum air ni, kita jadi gila ke? tak kan.. so, tak jadi masalah jugak, kalau kita terus berhneti membeli nya kan. Harga pun boleh tahan jugak. Mahal kan,. kandungan gas yang tinggi bahaya pada kanak2. Jika berhenti dari minuman yang bergas, aku rasa tak salah. dan banyak lagi produk2 yang ada gas yang sedap. Walaupun tak la sesedap coca-cola. Tapi, jadi la... manis di mulut je.. Bukan jadi zat pun.
Kalau dulu, keluar dengan mak ke, ngan abah ke, sikit2 nak KFC. haa... sebab nak apa, nak permainan dia, x-men la. Nak makan kentang dia la.. Snake plate la.. Macam2 lagi kan.. Bila makan KFC, ada dapat tabung yang ala2 radio ke tabung ke. Siap nak buat koleksi lagi kan.
Kalau nak keluar dengan awek, mesti nak lepak, starbucks, sebab apa, nak tunjuk la..yang pakwe dia nih, kaya. Takkan nak lepak dekat warung pak john je, pekena roti canai. Malu la kan.. huhu. Biar segelas air, Rm10 pun takpe, Air manis yang boleh buat kan kencing manis tu, Yang penting, kalau lepak kat starbucks kat depan entrance jaya jusco ipoh, entrance star parade, alor star. Bila awek2 tengok, wah..wah.. stylo la abang2 lepak sini. Mesti anak2 orang kaya ni, Kaya budi bahasa sudah.. huhu
Mata wang dolar, hurm, hujah aku terhenti disini, kerana aku bukan lah anak2 orang yang berada, yang selalu melancong, dan sering menggunakan matawang dolar amerika. Mungkin aku terkecuali dalam memboikot mata wang dollar amerika. Kiranya, aku memang da boikot mata wang dollar amerika ni.. Yess!! Berjaya!!
Kesimpulannya, tidak mustahil bagi aku dan juga seluruh umat islam diseluruh dunia untuk terus memboikot dan menjahanamkan zionis laknattulah ini. Jika tiada lagi sumber wang atau dana yang boleh membantu mereka, mungkin mereka akan mula berjimat. Tapi mengikut pemikiran aku. Mereka akan terus menzalimi negara palestine, secara tak langsung, terus menzalimi umat islam sehingga qiamat kelak.
TAKBIR!!! ALLAHHUAKBAR. !!!
2 comments:
yeaa...
boikot yahudi/Zionism/
Illuminati/Freemason/Nazi...
hidup Palestine...
thank you..
pergi jahanam sama mereka.
rise for islam
Post a Comment