Friday, January 23, 2009

. : rasuah,insentif atau sumbangan ikhlas : .


Alhamdulilah, hari ini, aku berjaya menyelesaikan satu urusan yang di anggap penting juga, sebab melibtkan wang yang besar n hutang yang sangat lama, iaitu 9 tahun. Aku ada urus kan, urusan pembelian sebuah kereta "Perodua Myvi 1.3 EZi" kepunyaan kakak aku. Hurm, walaupun aku tak pernah menyelesaikan perkara2 begini sebelum ni, tapi aku sebagai lelaki tunggal keluarga aku yang masih berada di tanah air, so terpaksa la aku yang menyelesaikannya. Cerita nya begini, nama jurujual tersebut, tak perlu la aku nak namakan, hanya gelaran "gemok" je la kan. Sebab jurujual nya seorang yang gemok. Haha. Entah la aku pun pelik, masa mula2 sampai, gemok tuh, punya la cakap berapi-api, mula katanya, dia akan cuba tolong selesaikan urusan pinjaman dengan bank. Ok la tuh, dari awal lagi, dah minta duit untuk booking kereta, sebanyak RM50. Duit tempahan aku boleh terima lagi. Lepas je, aku tinggal kan, salinan kad pengenalan, lesen, payslip selama 3 bulan dan juga payslip yang original. So, deal la agreement aku dengan gemok ok.

Next day, gemok ada la call kakak aku, minta aku datang bayar dekat dia, RM78 untuk duit insuran markup loan katanya. Aku dengan kakak aku macam tak boleh terima, apabila di minta bayar RM78 tu, bukan apa, loan pun belum tentu approve ke tidak. Ini dah minta bayar itu ini. Menurut sumber dari gemok, dia cakap, loan dah submit dekat AMBANK. Loan approve punya, jangan risau! Ayat riak yang di keluarkan gemok. huhu. Bila pegawai bank tu, telefon akak aku pun, banyak perkara yang pihak bank tanya. Hanya 1 sebab je, pihak bank argue. Sebab nya, payslip dari syarikat lain, kerja dengan syarikat lain. Al-maklum la, jawatan kontrak, bukannya jawatan tetap pun kan. Last2, loan tak approve. Caitt.. sebab pihak bank argue, tentang status kakak aku. So, reject.

Next plan, submit loan dekat maybank islamic (konon). Kali ini, proses loan kali ni, lebih mudah dan licin. Mungkin si gemok ni, dah belajar dari pengalaman yang pertama agaknya. Tup tap..Tup tap, loan dah approve. Si gemok nih, telefon aku, cakap loan dah approve, tapi kena tambah RM2650 cash, sebab loan dah dikurang kan, tak boleh buat full loan dan juga tiada syarat lain. Bila si gemok telefon akak aku, dia tak mention pun tentang RM2650 tu, gila ke ape! siap cakap dekat akak, yang kena ada 1 gerentor. Bila dengan aku, tak cakap pulak, nak pakai gerentor. Dah start bebelit2 dah mulut jurujual ni. Sejak dari ni, aku dah mula tak puas ati. Tapi atas dasar pengalaman pertama, aku layan kan je.

Bila dah approve dah, di panggil aku, ke pusat perodua tu atas urusan loan ni. Bila sampai, di tunjukkan dekat aku, fax yang pihak maybank hantar tu. So, aku pun teliti la betul2. Aku pun buat la gaya cekap, haha bukan nya aku faham sangat. Diminta nya aku, bayar RM185 untuk bayar insuran kereta. Haha. disini, gemok ada melakukan kesilapan. Dia cakap ini antara yang kena bayar, sekian2. Aku mintak la dia, kirakan guna kan calculator. Tolak tu, tambah ini. haha. Kan dah kantoi, bukan nya, RM185 yang patut di bayar, tetapi hanya RM78 (spt yang mula2 dia pesan dekat kakak aku tu). Terus gelabah si gemok ni, aku tak mau la, bagi dia malu, aku just cool je. Haa.. dan2 la buat nak call manger dia, mungkin ada kesilapan teknikal disitu. Hahah. Dia pun keluar, konon2 buat2 telefon manager nya. Ooo.. maaf cik, ada kesilapan. RM185 tu, untuk orang lain, disini cik kena bayar rm78+rm52 = RM130 sahaja. Jika ada kesilapan nanti, kami sedia pulangkan RM52 ni, kepala hotak ang!! dah kantoi. banyak cakap plak. Hahahah. So, aku pun setuju, RM130 aku bayar. Bagi aku, disini, RM52 telah masuk ke kocek gemok.. Haha. Takpe la, gaji ang sikit kan..! Dah tu menipu, memang la tak cukup2. Tak berkat katakan.. : )

Next day, hari menandatangani agreement, macam biasa, customer always right! Haha, akak aku, buat2 sambil lewa siap2 pagi tu, Officer bank tu, tunggu kitorang sampai 1 jam setengah. Ahuks..! Dah siap, sain2 agreement semua, akak aku naik ke ofis untuk ambil resit bagi bayaran RM2650. Siap je semua. Akak aku cakap, kerani tuh, hanya keluar kan resit RM2550 sahaja, RM100 diberi pada si gemok dan gemok cakap duit RM100 ini, untuk aksesori. Aku takde di tempat kejadian. Sebab hanya akak aku je naik ke ofis. Takde resit pulak tu. Memang penipu.!Dicerita nya aku, masa aku kat bawah. Aku pelik, masa deal mula2 sekali, aksesori akan diberi. Siap tulis kat brochure. Harga kereta on the road TERMASUK aksesori. So, firasat aku, RM100 lagi telah masuk ke kocek gemok. Hahah. Melampau...melampau.! Huh tension aku. Duit macam air, si gemok ni, ingat kitorang ni, anak datok ke. Anak bangsa seagama pun nak menipu, pergi jahanam la lu!!

Last day, bila nak keluar kan kereta. Aku ingat dia, nak la mintak duit2 lagi. Memang cari nahas la jantan ni, dengan aku. Aku dah geram tahap cipan sebenarnya. Tapi, aku masih punya jati diri kesabaran lagi sebenarnya. Tahan aje la.. Just cuma dia minta tambahan RM100 untuk, penukaran aksesori tinted kepada spoiler. Ini aku boleh terima la, sebab aku tahu, harga spoiler diluar, agak tinggi jugak. Takpe lah. Hari rabu ni, baru pasang segala aksesori. Sebab raya cina, semuanya pakat2 cuti.

Aku rasa aku telah melakukan "rasuah,insentif atau sumbangan ikhlas" pada gemok sebanyak RM78+RM52+RM2550+RM100+RM100. Pada mulanya, dijanjikan iaitu pinjaman penuh. tetapi begini la jadinya.. Tanpa mengeluarkan sesen pun dari poket cik, jangan risau, saya akak cuba yang terbaik. Pergi jahanam! Dia ingat kitorang ni, anak datok ke? Senang2 je, nak bagi duit, yanghasil dari titik peluh kita sendiri. Haa.. takpelah, Ini ari..ari ang, sok2, ari selasa pulak Haha..Aku tak kisah, kali ni, lu boleh tipu, tapi,. orang yang suke menipu nih, takkan selamat kan. Redho ajela.. Ini baru isi yang tersurat je, Belum lagi yang tersirat yang aku tak tahu...kan. Betul la apa orang ramai cakap, jurujual dari kalangan melayu lebih teruk dari jurujual dari kalangan bangsa lain. Bagi aku senang je, jika dia islam..dan kenal islam, mesti dia tak buat macam ni kan.. Susah la, nak cari orang yang jujur dalam dunia ni sekarang, Dah makin pupus la, spesies2 jujur ni. Hurm...Renung-renung kan....~! Zaazzz~~

No comments: