Skim Amanah Saham Bumiputera atau lebih dikenali sebagai ASB. ahuks.. Mengikut, laporan dari pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), pulangan yang diumumkan oleh merka, pada tahun 2008 adalah :
Dividen = 7%
Bonus =1.5%
Ok ke? Banyak ke? Ntah la. Huhu. Bagi aku, cukup la. Aku bukan pandai main saham pun kan.Aku ada menyertai skim ni, tapi tak la lama sangat. Baru setahun jagung je. 6 Ogos 2007, tarikh daftar akaun aku ni. Tadi, balik dari kerja. Aku terus menuju ke pejabat pos pasir puteh, kira nya, ini kali ke 3, aku pergi ke pejabat pos dalam 3 minggu ni. First sekali, aku pergi pejabat pos ulu kinta dengan tanjung rambutan, perghh!!! penuh yang amat. Sampai nak jejak kan kaki kat dalam tu pun tak boleh. Ini kan pula nak kemaskini buku kan. Hari ini, pagi tadi, aku tekad.. Hari ni, pasti aku akan ke pejabat pos dan kemaskini buku ASB aku ni.
Yesz..! Dah sampai pun. Tettt.. tekan nombor giliran, dapat 1403. No sekarang adalah 1388. Huh. Boleh tahan la. Ada 15 orang lagi didepan aku. Takpe lah, sabo je la yob!! Hurm.. Aku sanggup tunggu jugak, sebab dalam tu, tak la panas berbahang sangat sebab ada aircond and 1 reason lagi yang buatkan aku nak tunggu adalah kerana ada seorang gadis berbaju kurung pink bunga2. Huh. Manis jugak jodoh ni ye. Senyum.....~ Huhu.. Alright.. Now, angka giliran 1403, my turn. Cit cat..cit cat dengan kerani. Settle...beres. Huh.. (O-O) Terbeliak biji mata aku kali ini, Alhamdulilah. tak sia2 aku buat simpanan dalam akaun ASB ni, banyak jugak faedah nya. Kalau aku simpan je, dalam maybank, memang kena kerat la duit nya. Tahu2 je, dah habis duit kena makan dengan maybank. Betul la, cakap ayahanda dan nenda aku, apa2 dapat gaji dapat duit je, kalau nak simpan duit, buh je dalam ASB ye.. Baguihhhh!! Huhu.
Sekarang ni, dalam perjalanan nak pulang ke rumah. Fikiran aku melayang-layang. Aku tengah musykil ni, dari mana datang nya sumber dividen ni? Mana datang nya keuntungan ASB ni? Apa hasil nya, dari yang halal atau yang haram? Sebagai umat islam, wajar ke, kita terima bulat2 je, hasil dari wang simpanan ni. Hurm.. Dulu aku pernah dengar para2 ulamak cakap, ASB=haram. Sebab kita tak pernah usahakan untuk mendapat keuntungan. Hanya simpan...kemudian untung. Lepas pada tu, ada pula, fakta cakap=halal. Haish.. Jangan la memain.. Benda macam ni, bukan mainan. Bila aku sembang2 dengan ahli ASB di kilang. Tak riba ke ASB ni bang? Abg tu, siap cakap dekat aku, sekarang dunia ni, mesti ada riba sikit2. Kalau tak mau riba, duit simpan bawah bantal.. Hahah.. Aku hanya ketawa. Sebab terima jawapan dari seorang yang tua dari ku, tapi sangat tak matang dalam bab ni. :-)
Buat masa ini, aku masih boleh terima lagi, yang ASB ini satu simpanan yang halal, sebab ini daya usaha kita. Simpanan hasil titik peluh kita sendiri. Jika ada, kemusykilan dan keraguan. Elok rujuk pada guru2 agama sahaja. Mungkin Majlis Fatwa Kebangsaan, akan terang kan pada kita semua, apabila ada isu kan..Harapan aku, dana ASB ini, tidak digunakan secara haram untuk pelaburan. Tidak dilaburkan pada negara israel laknatullah ke. Ini kerana, akan merosakkan akidah kita semua. InsyaAllah. Semuanya pasti akan terungkai.Nasihat aku, rakan2 diluar sana. Menabung lah.. Seperti pepatah BSN dulu2, masa aku kecik2..
"simpan..sikit-sikit , lama-lama.. jadi bukit"
"simpan bukit-bukit, lama-lama jadi bebukit-bukit"
: )
No comments:
Post a Comment