Saturday, January 10, 2009

. : malam solidariti kemanusian untuk palestin : .

Tarikh : 9 Januari 2009 (Jumaat)
Jam : 8.00 malam
Tempat : Stadium Indera Mulia, Ipoh
Anjuran : Kerajaan Negeri Perak & Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (Jamai'y)
Perasmi : YAB Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar,Menteri Besar Perak

Objektif penganjuran adalah:
-Menyedar serta membetulkan persepsi masyarakat terhadap isu Palestine.
-Menuntut penyelesaian terhadap perlanggaran hak asasi kemanusiaan di Palestine.
-Mewujudkan rangkaian dari parti politik, Ng0’s dan tokoh dari seluruh dunia untuk
memperjuangkan isu Palestin.
___________________________________________________
Tapi,.... hari ini aku kerja petang. So, lepas pukul 10 baru la boleh mula bertolak dari kilang nak ke sana. Semangat je pergi sana. Semangat sebagai seorang umat islam yang ada dasar simpati dan kasih sayang yang cinta kan keamanan dan kesejahteraan. Sampai je, aku parking kat depan van bergerak polis. Dari jauh, macam tak jadi je. Sebab macam tak jem je jalan. huhu.

Sampai je, aku tengok ramai je, pakai mafla hamas ala2, pejuang mujahiddin. Ini tak boleh jadi nih, aku mesti dapat kan sebagai cenderahati. Bila aku sampai je kaunter jualan tu, aku tanya la abang si penjual tu, dia cakap.. "dik..dah habis la dik" fuh..kecewa nya.. aku tengok dia ada pakai.. so, aku tanya la, "yang abang punya tu, jual la dekat saya, saya nak la, teringin ni". Murah hati jugak abang tu, dia sanggup tak kecewa kan aku, so, aku beli la, RM 15, yahoo... : ) hasil jualan ni, abang tu cakap, untuk salur kan pada tabung kutipan, untuk rakyat palestin. AMIN.

mafla pejuang hamas agak nya.. : )
Dah dapat. Aku pun masuk la stadium indera mulia. Sekarang tengah ceramah oleh wakil dari Parti Keadilan Rakyat dan Parti Tindakan Demokratik. Aku tengok ramai sangat orang, aku rasa tak la semua nya islam, tapi ramai juga dari kaum lain yang sama prihatin dengan kesengsaraan rakyat palestin. Lepas je, pelancaran dana untuk mengumpul RM 1 juta dari negeri Perak untuk rakyat palestin. aku pun mula la beransur pulang, badan dah penat dah.. kerja la kata kan.... : )

Ini beberapa gambar yang sempat di rakam kan oleh handphone buruk aku ni. :p huhu



TAKBIR ! ! !

No comments: