Tuesday, January 13, 2009

. : boikot produk yahudi : .

BOIKOT

colgate

coca-cola

mc'donald

mata wang dolar

starbucks coffee house

kentucky fried chicken


gambar yang dirakamkan di simpang lampu isyarat di pekan tambun, semasa pulang kerja tadi.



Salam. Sekarang kecoh sekali lagi tentang kezaliman yahudi. Iaitu serangan tentera israel yang didalangi amerika syarikat ke atas penduduk palestin, di sekitar semenanjung gaza. Aku sebagai rakyat malaysia yang beragama islam, turut terasa apa yang saudara2 ku di palestin rasai. Sebelum ini, banyak jugak serangan2 ke atas penduduk2 palestin. Tapi kali ini, amat berlainan sekali yang aku rasai. Aku rasa aku dah mula dewasa dan juga matang dalam menilai kezaliman. hurm.. Alhamdulilah, aku dah mula tersedar. Hurm, sekarang ini, saranan kerajaan malaysia dan para2 ulama di malaysia dan seluruh dunia, adalah memBOIKOT produk2 dari amerika syarikat dan israel. Boleh ke? aku pun ada bertanya pada diri aku, "Ang mampu ke, nak lakukan perubahan ni??" Kerana sejak dari kecil lagi, aku memang dididik dengan mengunakan serba sedikit barang keperluan dari barangan2 dan produk2 israel.

Haa ini yang lebih penting dari segi kebersihan, dari kecik lagi, sebelum tidur, abah akan tanya aku. Adik..adik dah gosok gigi ka. Dah abah....! Haa. Korang nak tahu ke, aku pakai ubat gigi dan berus gigi apa. Dah tentu la colgate. salah satu produk yang bakal di boikot. kita rakyat malaysia, sekarang ni, memang tak dapat lari dari colgate. Bukan apa. dah memang lumrah. Tapi aku yakin, kali ni, mesti boleh punya. Ye laa bukan setakat jenama colgate je, yang ada kat malaysia ni, Darlie ada.. Fresh n white ada.. Haa. kayu sugi pun dah keluar balik.. Boleh guna jugak kan..

Walaupun telah diisyhtihar kan sebagai minuman yang berpotensi nak kena kencing manis. Takpe, kita still minum jugak kan. Sebab nya, minuman coca-cola, sedap kan.. manis kan... Jika, tak minum air ni, kita jadi gila ke? tak kan.. so, tak jadi masalah jugak, kalau kita terus berhneti membeli nya kan. Harga pun boleh tahan jugak. Mahal kan,. kandungan gas yang tinggi bahaya pada kanak2. Jika berhenti dari minuman yang bergas, aku rasa tak salah. dan banyak lagi produk2 yang ada gas yang sedap. Walaupun tak la sesedap coca-cola. Tapi, jadi la... manis di mulut je.. Bukan jadi zat pun.


Kalau dulu, keluar dengan mak ke, ngan abah ke, sikit2 nak KFC. haa... sebab nak apa, nak permainan dia, x-men la. Nak makan kentang dia la.. Snake plate la.. Macam2 lagi kan.. Bila makan KFC, ada dapat tabung yang ala2 radio ke tabung ke. Siap nak buat koleksi lagi kan.

Bila kuar dengan geng2 skuter, nak lepak mc'donald, nak drive thru,. Nak eksyen, tunjuk kereta, kat awek2 kat dalm mc'd tu. Nak rasa berger mc'd yang baru la.. berger harga dekat Rm7, pun sedap jugak. Sayur keras ke, pahit ke.. Macam mana diorang masak kat dapur tu pun takpe, tak kisah.., sebab nye ialah mc'donald..kan.

Kalau nak keluar dengan awek, mesti nak lepak, starbucks, sebab apa, nak tunjuk la..yang pakwe dia nih, kaya. Takkan nak lepak dekat warung pak john je, pekena roti canai. Malu la kan.. huhu. Biar segelas air, Rm10 pun takpe, Air manis yang boleh buat kan kencing manis tu, Yang penting, kalau lepak kat starbucks kat depan entrance jaya jusco ipoh, entrance star parade, alor star. Bila awek2 tengok, wah..wah.. stylo la abang2 lepak sini. Mesti anak2 orang kaya ni, Kaya budi bahasa sudah.. huhu

Mata wang dolar, hurm, hujah aku terhenti disini, kerana aku bukan lah anak2 orang yang berada, yang selalu melancong, dan sering menggunakan matawang dolar amerika. Mungkin aku terkecuali dalam memboikot mata wang dollar amerika. Kiranya, aku memang da boikot mata wang dollar amerika ni.. Yess!! Berjaya!!

Kesimpulannya, tidak mustahil bagi aku dan juga seluruh umat islam diseluruh dunia untuk terus memboikot dan menjahanamkan zionis laknattulah ini. Jika tiada lagi sumber wang atau dana yang boleh membantu mereka, mungkin mereka akan mula berjimat. Tapi mengikut pemikiran aku. Mereka akan terus menzalimi negara palestine, secara tak langsung, terus menzalimi umat islam sehingga qiamat kelak.



TAKBIR!!! ALLAHHUAKBAR. !!!

2 comments:

levelend said...

yeaa...
boikot yahudi/Zionism/
Illuminati/Freemason/Nazi...

hidup Palestine...

leaflizard said...

thank you..

pergi jahanam sama mereka.

rise for islam