yeah..!! perlawanan kedua yang aku saksikan secara terus menerus menerusi cermin mata ku ini. hari ini seperti biasa, aku kerja la.. aku kerja petang. balik pukul 10. macam mana boleh pergi tengok bola pulak ni..?? huh.. lari dari kilang ye... :p (moga2 engineer aku tak baca blog aku ni). Hari ini, semangatnya, lain sikit. sebab baju baru ni.. jersi tahun lepas yang sentiasa menarik perhatian aku, aku beli, isnin lepas, kat yik foong, RM42, nyonya tu cakap less 10%. Aku rasa less tengkorak dia!! haha. 1st time beli jersi original. Tapi bukan original Adidas, Nike la.. JOMA sudahh... : )
ok.. balik ke story bola. Aku datang stadium dengan apit (seorang penyokong kedah sebenarnya) macam mana dia nak ikut aku ntah. Nak rasai gegaran bolasepak perak agaknya kan.. hehe. Aku cabut dari kilang dari kilang pukul 7.30pm, aku ada pesan dekat fyna, yang aku keluar, ada emergency, pergi hospital (tipu sunat). ok. line clear.. Aku sampai je, geng2 batu 5 dah tunggu aku, rupa2nya, diorang pun sama.. Baju baru..! haha. Baju season baru pulak tu. Jealous aku!! macam biasa, tket RM10, takde less macam baju baru aku ni. Huhu.
oo.. korang semua baju season baru ye..!! takpe..takpe.!
1st half : defend control dengan baik. midfield ada idea, possesion bagus. Striker, too waste, banyak fancy, shoot OFF target. rugi..rugi.. Boleh leading dalam 3-0, senang2 je. Beejay,jersi no11, "lu main elok2 la weh, buat malu orang tambun je".2nd half : semua bahagian baik, tapi tiada penyudah..! seperti 1st half, beejay...ooo..beejay.. ngape gugup sangat. jangan membazir sangat. huh. Gol yang di cari, akhirnya menjelma. fuh.. Hasil kesilapan sarjan botak tu., clear bola tak kena. Lalu, pantas Razali "drogba" Kandasamy, bijak, membuat bola pisang, atas keeper yang kepala botak.. gol!!!! ipoh mali...tarak sombong.. ipoh mali...tarak sombong..!! huhu. jadi la.. gol.. menang juga akhirnya.. dah nak habis tu, para2 polis, dah mula main secara ganas. Nasib tak de kad merah, referee lupa nak bawak.. prittt...pritt....prittttt... Yes... 3 mata.
Cabaran seterusnya, nak punch card ni.. Apa la, helah aku nak pakai, nak lepas guard ni. Macam-macam dalam fikiran ni. haha. Dah sampai kilang.Last2, aku masuk je, buat kering je la. Dah touch. Aku pun nak keluar la balik, apit tunggu atas motor, sampai je kat guard house, pakcik saad tu, datang tegur aku, buat apa masuk dalam tadi yob? aku cakap la, Diorang telefon tadi, pergi tutup machine.(tipu sunat lagi) ok..ok.. Lepas... Then, aku pun balik rumah la.
p/s = esok chelsea vs manchester united di old trafford, WAJIB tengok. !!
T.A.M.M.A.T
No comments:
Post a Comment