Sunday, January 18, 2009

. : selamat hari lahir mummy : .



. : selamat hari ulang tahun kelahiran mak yang ke-48 : .

18 JANUARI 1961

semoga mak sihat sentiasa, semoga mak panjang umur, murah rezeki, terima kasih atas pengorbanan mak selama ini, adik tetap bangga dengan mak. Mak tetap wanita paling cantik dan anggun di dalam dunia. Walaupun dah semakin 'muda'. :-) Adik tak mahu lihat air mata kesedihan mak mengalir lagi. InsyaAllah, pasti ada hikmah di sebaik kejadian kita selama ini, InsyaAllah, Jika ada kesempatan, adik bawa mak pergi tunaikan rukun islam yang ke-5 ye mak. adik minta maaf, jika adik ada kesalahan, terlanjur kata terkasar bahasa dengan mak. Mak jaga diri bebaik di penang yaa. Adik kerja disini, cari rezeki, walau tak banyak, Alhamdulilah, rezeki titik peluh sendiri. InsyaAllah, adik akan jaga mak di kemudian hari. Syurga di tapak kaki ibu.


"ibu... ibu.... engkaulah ratu hati ku, bila..ku berduka, engkau hiburkan selalu..!"


terima kasih sayang !!!

No comments: