Thursday, January 29, 2009
. : gemokk oh gemokk : .
Friday, January 23, 2009
. : rasuah,insentif atau sumbangan ikhlas : .
Wednesday, January 21, 2009
. : hadiah dari timor leste : .
: )
Sunday, January 18, 2009
. : pilihanraya kecil : p036 : kuala terengganu : .
TAKBIR!!!! Allahuakbar !!! Alhamdulilah syukur ke hadrat Allah, Parti Islam SeMalaysia atau mewakili PAKATAN RAKYAT menang. Menang besar .Ramalan aku, yang aku bagi kat tok aku, yang PAS menang majoriti 2000 semalam, menjadi kenyataan. Huhuh. Aku dari pagi memang dapat info terus menerus dari member sekolah teknik aku, roger melalui SMS. Semangat jugak roger ni pergi. huhu Seronok aku, kemenangan rakyat. Aku dapat rasa kan, margin pengundi muda seperti aku, agak cenderung ke arah pakatan rakyat. Mungkin segelintir je, yang tak faham2 lagi signal nya. Bila la, nak dapat rasakan pilihanraya kecil parlimen tambun ni. hehe Kot2 la si husni tu, nak letak jawatan ke. Huhu.. Dah la.. dah ngantuk ni,! Esok agak nya la, surat khabar utusan tulis apa la kan.. huhu.!
. : selamat hari lahir mummy : .
18 JANUARI 1961
semoga mak sihat sentiasa, semoga mak panjang umur, murah rezeki, terima kasih atas pengorbanan mak selama ini, adik tetap bangga dengan mak. Mak tetap wanita paling cantik dan anggun di dalam dunia. Walaupun dah semakin 'muda'. :-) Adik tak mahu lihat air mata kesedihan mak mengalir lagi. InsyaAllah, pasti ada hikmah di sebaik kejadian kita selama ini, InsyaAllah, Jika ada kesempatan, adik bawa mak pergi tunaikan rukun islam yang ke-5 ye mak. adik minta maaf, jika adik ada kesalahan, terlanjur kata terkasar bahasa dengan mak. Mak jaga diri bebaik di penang yaa. Adik kerja disini, cari rezeki, walau tak banyak, Alhamdulilah, rezeki titik peluh sendiri. InsyaAllah, adik akan jaga mak di kemudian hari. Syurga di tapak kaki ibu.
"ibu... ibu.... engkaulah ratu hati ku, bila..ku berduka, engkau hiburkan selalu..!"
terima kasih sayang !!!
Thursday, January 15, 2009
. : amanah saham bumiputera : halal atau halal ? : .
Tuesday, January 13, 2009
. : boikot produk yahudi : .
BOIKOT
colgate
coca-cola
mc'donald
mata wang dolar
starbucks coffee house
kentucky fried chicken
gambar yang dirakamkan di simpang lampu isyarat di pekan tambun, semasa pulang kerja tadi.
Haa ini yang lebih penting dari segi kebersihan, dari kecik lagi, sebelum tidur, abah akan tanya aku. Adik..adik dah gosok gigi ka. Dah abah....! Haa. Korang nak tahu ke, aku pakai ubat gigi dan berus gigi apa. Dah tentu la colgate. salah satu produk yang bakal di boikot. kita rakyat malaysia, sekarang ni, memang tak dapat lari dari colgate. Bukan apa. dah memang lumrah. Tapi aku yakin, kali ni, mesti boleh punya. Ye laa bukan setakat jenama colgate je, yang ada kat malaysia ni, Darlie ada.. Fresh n white ada.. Haa. kayu sugi pun dah keluar balik.. Boleh guna jugak kan..
Walaupun telah diisyhtihar kan sebagai minuman yang berpotensi nak kena kencing manis. Takpe, kita still minum jugak kan. Sebab nya, minuman coca-cola, sedap kan.. manis kan... Jika, tak minum air ni, kita jadi gila ke? tak kan.. so, tak jadi masalah jugak, kalau kita terus berhneti membeli nya kan. Harga pun boleh tahan jugak. Mahal kan,. kandungan gas yang tinggi bahaya pada kanak2. Jika berhenti dari minuman yang bergas, aku rasa tak salah. dan banyak lagi produk2 yang ada gas yang sedap. Walaupun tak la sesedap coca-cola. Tapi, jadi la... manis di mulut je.. Bukan jadi zat pun.
Kalau dulu, keluar dengan mak ke, ngan abah ke, sikit2 nak KFC. haa... sebab nak apa, nak permainan dia, x-men la. Nak makan kentang dia la.. Snake plate la.. Macam2 lagi kan.. Bila makan KFC, ada dapat tabung yang ala2 radio ke tabung ke. Siap nak buat koleksi lagi kan.
Kalau nak keluar dengan awek, mesti nak lepak, starbucks, sebab apa, nak tunjuk la..yang pakwe dia nih, kaya. Takkan nak lepak dekat warung pak john je, pekena roti canai. Malu la kan.. huhu. Biar segelas air, Rm10 pun takpe, Air manis yang boleh buat kan kencing manis tu, Yang penting, kalau lepak kat starbucks kat depan entrance jaya jusco ipoh, entrance star parade, alor star. Bila awek2 tengok, wah..wah.. stylo la abang2 lepak sini. Mesti anak2 orang kaya ni, Kaya budi bahasa sudah.. huhu
Mata wang dolar, hurm, hujah aku terhenti disini, kerana aku bukan lah anak2 orang yang berada, yang selalu melancong, dan sering menggunakan matawang dolar amerika. Mungkin aku terkecuali dalam memboikot mata wang dollar amerika. Kiranya, aku memang da boikot mata wang dollar amerika ni.. Yess!! Berjaya!!
Kesimpulannya, tidak mustahil bagi aku dan juga seluruh umat islam diseluruh dunia untuk terus memboikot dan menjahanamkan zionis laknattulah ini. Jika tiada lagi sumber wang atau dana yang boleh membantu mereka, mungkin mereka akan mula berjimat. Tapi mengikut pemikiran aku. Mereka akan terus menzalimi negara palestine, secara tak langsung, terus menzalimi umat islam sehingga qiamat kelak.
TAKBIR!!! ALLAHHUAKBAR. !!!
Monday, January 12, 2009
. : chelsea vs manchester united : .
jam : 11.55pm
tempat : kedai mamak nijam sunway.
cech
bosingwa terry(c) carvalho a.cole
mikel
ballack lampard deco j.cole
drogba
huh. aku yakin, if drogba, play dengan team2 big four, dia jadi power. anelka on the bench. ok la kot. too waste. ballack top form, terry batu balik dari gantung 3 game,carvalho, dah ok. senang cite, memang superb la.. huh. scolari, dengan samba nya. mourinho pun datang, tengok bekas anak2 buah dia lawan., bagi aku, dia datang nak tengok MU ni, sebab, nanti dia nak lawan, time champions league nanti.
1st half : balance mula2 nya, serang2 pun, banyak di patahkan. drogba dah mula dapat sentuhan, tapi mamcam dia kurang yakin je kali ni. Terry pun ada buat kesilapan yang tak patut dia buat. Banyak kad kuning, berpihak pada chelsea, lampard, carvalho, a.cole. hurm. last2 minit, minit 45++ macam kucar kacir skit, gol..!! shit!! tery tak marking vidic, free je, dia tanduk. arh... gol. begema je sorakan penyokong MU, handfone aku pun dah mula masuk mesej2, yang tak bertauliah. haha. layan kan je, 1st half, ketinggalan 0-1.
2nd half : anelka dah masuk, ganti kan deco, aku pelik jugak, apa la taktikal si botak brazil tu, haa, layan kan je.. game semakin panas, chelsea, tak boleh masuk langsung kotak D MU, aku rasa, memang takde percubaan langsung. caitt. golll lagi.!! rooney plak. Evra crossing from bucu line, bosingwa punya mistake, bosingwa, macam tak perform langsung, failed.! aduhai. 0-2. lagi la tertekan, sms terus menyelubungi handfone aku, aduhh...! geng2 Mu, kat meja tu, dah mula memekak, aku tak terkata apa. malam ni, memang midfiled chelsea, memang failed, memang macam dah mengaku kalah je, sedih gile... we'll keep the blues flag CRYING high...! aku ingat aku je, yang perasan bosingwa tak perform, tapi, scolari lebih mengetahui. Dia kena tukar dengan juliano belletti. haa. Ganas sungguh mamat ni, dah tackle ronaldo, betul2 dekat corner tu plak. Dah freekick lagi. huh. tak sanggup aku nak tengok lagi. Memang cun taktikal MU, gerakan berbatov dengan vidic, sorang cover line, sorang lagi berlari ke bola. yeahh.. smart.. gol lagi. 0-3.
Checkmate!! Damn.! huh. Tinggal sisa2 masa yang bergerak begitu pantas..
Time balik, dah pukul 2.30am. Sms still masuk lagi, kena kutuk lagi, haha. layan... nak tidur pun tak boleh. Nak bangun awal, nak kerja shift pagi. Pukul 4.30 am dah nak kena bangun. aduh.....
Bismikallah humma ahya waa'mut.! selamat malam.....~
Sampai dikilang, bila selisih dengan penyokong MU je, semua buat isyarat jari 3,. apa makna nya?? Takde makne nye.....! huhu :'(
Sunday, January 11, 2009
. : perak lawan pdrm : .
yeah..!! perlawanan kedua yang aku saksikan secara terus menerus menerusi cermin mata ku ini. hari ini seperti biasa, aku kerja la.. aku kerja petang. balik pukul 10. macam mana boleh pergi tengok bola pulak ni..?? huh.. lari dari kilang ye... :p (moga2 engineer aku tak baca blog aku ni). Hari ini, semangatnya, lain sikit. sebab baju baru ni.. jersi tahun lepas yang sentiasa menarik perhatian aku, aku beli, isnin lepas, kat yik foong, RM42, nyonya tu cakap less 10%. Aku rasa less tengkorak dia!! haha. 1st time beli jersi original. Tapi bukan original Adidas, Nike la.. JOMA sudahh... : )
ok.. balik ke story bola. Aku datang stadium dengan apit (seorang penyokong kedah sebenarnya) macam mana dia nak ikut aku ntah. Nak rasai gegaran bolasepak perak agaknya kan.. hehe. Aku cabut dari kilang dari kilang pukul 7.30pm, aku ada pesan dekat fyna, yang aku keluar, ada emergency, pergi hospital (tipu sunat). ok. line clear.. Aku sampai je, geng2 batu 5 dah tunggu aku, rupa2nya, diorang pun sama.. Baju baru..! haha. Baju season baru pulak tu. Jealous aku!! macam biasa, tket RM10, takde less macam baju baru aku ni. Huhu.
oo.. korang semua baju season baru ye..!! takpe..takpe.!
1st half : defend control dengan baik. midfield ada idea, possesion bagus. Striker, too waste, banyak fancy, shoot OFF target. rugi..rugi.. Boleh leading dalam 3-0, senang2 je. Beejay,jersi no11, "lu main elok2 la weh, buat malu orang tambun je".2nd half : semua bahagian baik, tapi tiada penyudah..! seperti 1st half, beejay...ooo..beejay.. ngape gugup sangat. jangan membazir sangat. huh. Gol yang di cari, akhirnya menjelma. fuh.. Hasil kesilapan sarjan botak tu., clear bola tak kena. Lalu, pantas Razali "drogba" Kandasamy, bijak, membuat bola pisang, atas keeper yang kepala botak.. gol!!!! ipoh mali...tarak sombong.. ipoh mali...tarak sombong..!! huhu. jadi la.. gol.. menang juga akhirnya.. dah nak habis tu, para2 polis, dah mula main secara ganas. Nasib tak de kad merah, referee lupa nak bawak.. prittt...pritt....prittttt... Yes... 3 mata.
Cabaran seterusnya, nak punch card ni.. Apa la, helah aku nak pakai, nak lepas guard ni. Macam-macam dalam fikiran ni. haha. Dah sampai kilang.Last2, aku masuk je, buat kering je la. Dah touch. Aku pun nak keluar la balik, apit tunggu atas motor, sampai je kat guard house, pakcik saad tu, datang tegur aku, buat apa masuk dalam tadi yob? aku cakap la, Diorang telefon tadi, pergi tutup machine.(tipu sunat lagi) ok..ok.. Lepas... Then, aku pun balik rumah la.
p/s = esok chelsea vs manchester united di old trafford, WAJIB tengok. !!
T.A.M.M.A.T
Saturday, January 10, 2009
. : toyota camry 2.4 vs proton perdana v6 : .
Gambar di rakam kan sendiri di Stadium Indera Mulia tadi.
falie = toyota camry 2.4
Bagaimana dengan anda?
. : malam solidariti kemanusian untuk palestin : .
Jam : 8.00 malam
Tempat : Stadium Indera Mulia, Ipoh
Anjuran : Kerajaan Negeri Perak & Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (Jamai'y)
Perasmi : YAB Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar,Menteri Besar Perak
TAKBIR ! ! !
. : ke arah mencapai manifesto 2009m dan 1430h ku : .
Thursday, January 8, 2009
. : perak lawan kuala muda naza : .
tempat : stadium perak, ipoh
petang tuh lagi kaloy dah mesej, nak pergi malam ni, member2 dak batu 5, semua tak de respon, takpe la. layankan je. pukul 7.30 lepas maghrib je, terus gerak. sampai sana. parking depan stadium, aku pergi la, kat gerai kejor yob kejor tu, ambik borang konon2 nak jadi yob 4ever laa.
. : manifesto tahun baru : 1430 hijrah dan 2009 masihi : .
ibadah
karier
jodoh
duit..duit..duit
berat badan
simpanan
___________________________________________________ibadah
insyaALLAH nak dekatkan diri dengan ALLAH swt, moga mendapatkan keberkatan dari yang maha esa. Nak rajin sembahyang, nak kuat bersedekah, senang cita AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR. insyaALLAH.
karier
ini yang aku tengah gusar, dengar cerita dari pakar2 ekonomi dunia. semua cakap. ekonomi kta akan terus merudum. tp aku percaya pada kerajaan (pakatan rakyat) untuk mengangkat kembali ekonomi kita. : ) takkan aku nak stay dengan company BALDA SOLUTIONS nih, dah la OT takde. asyik kena potong gaji je. unpaid leave. huh.. aku berharap dan teringin nak masuk POWER PLANT or naik pelantar minyak ke. insyaALLAH. aku dah apply, kalau ada panggil, aku akan buat sehabis baik la. huh. insyaALLAH terjamin masa depan aku dan keluarga aku nanti.
jodoh
huh ini yang paling rumit. this year, i become 23 years old. wow.. dah tua tu..! huhu. sepatutnya, aku dari pas sekolah, dah bajet, pada umur aku 23 nih, arap2, ada steady girlfriend. tapi...tapi.. takde pun. pening aku. ntah laa. tak cukup syarat agaknya. .haha. atau aku yang memilih. tak jugak. tapi kakak aku kata aku memilih. haha. aduh.. takpe. aku percaya pada qhodo' dan qhadar. pasti ada.. dan jodoh tu, dah tertulis.. insyaALLAH.
duit..duit..duit
huh. aku kena rajin keja... jangan suka ikut kawan. jangan membazir. jangan beli barang2 yang tak berfaedah. jangan lepas kan peluang untuk dapat kan duit. anggap itu sebagai rezeki yang ALLAH telah turun kan kan.... nak simpan more 10k, for this year.. same like last year. huh. tahniah pada aku, kerana dapat mengatasi nafsu beli belah aku. : )
berat badan
yaa...ini satu cabaran. aku nak tingkat kan berat badan aku. sekarang 55kg, aku target 65kg nak maintain kan BMI aku. supaya aku dapat BMI yang ideal pada seorang lelaki. : ) and langkah pertama=dah beli susu kat tempat gym area pengkalan. good luck falie!! : )
simpanan
haha ini best. aku nak kembali kan zaman kegemilangan simpanan syiling aku. huhu tahun lepas, 2008, aku simpan duit rm1 kertas, sehari 2 helai. wow. masa kira nak masuk dalam ASB, ada dekat RM650. wow.. banyak gak tu.. huhu. now this year.. bukan duit note rm1. tapi syiling.. rm0.50 bulat. sebanyak 4 keping sehari. so. rm0.50x4=rm2. huhu good luck. macam biasa, simpan dalam beg GiVi. huhu
harap-harap semuanya tercapai dan dapat menjalani tahun 1430 hijrah dan 2009 masihi dengan tenang,
suka ria yang tidak mengecewa kan semua pihak termasuk diri aku dan diri orang lain. insyaALLAH.