Showing posts with label manifesto 2009m dan 1430h. Show all posts
Showing posts with label manifesto 2009m dan 1430h. Show all posts

Saturday, June 6, 2009

. : manifesto 2009m 1430h : .

Hari ni, 5 June 2009. Masa semakin berlalu dengan pantas. Kehidupan semakin tiada perubahan. Betul apa, yang pujangga coret kan. MASA ITU EMAS, Sangat bernilai. Pejam celik, pejam celik. Dah masuk separa penggal tahun 2009. Apa yang di azam kan, apa yang di idamkan, pada mula-mula nak masuk tahun baru, habis semuanya dicanangkan. Tapi., aku boleh la umumkan, segalanya GAGAL. Ibarat impian hanya jadi angan-angan. Apa-apa pun, redho aje la. Mungkin ni ketentuan illahi. Bukan aku tak usaha. Usaha Hingga Jaya (cogankata SMK Anderson) Tapi, mungkin ini qhodo dan qhada aku. Para alim ulama, selalu berpesan, kita hendaklah, percaya kepada rukun iman dan rukun iman ke 6 adalah Percaya pada Qhodo dan Qhadar. Alhamdulilah. Terima aje la. mungkin ramai lagi yang senasib dengan aku. Atau mungkin ada yang lebih teruk dari nasib aku.

Boleh aku rumuskan disini, sejak 1hb januari 2009, aku dah tiada kerja lebih masa. Kerja kurang masa ada. Buat masa sekarang, cuti tahunan aku = -7. Negatif Tujuh!! Hurm.. Sebelum ni, hari-hari aku kerja. Tapi, sejak ekonomi dunia merosot, pelaburan baru tiada, projek semuanya ditangguhkan. Aku hanya bekerja selama 4hari je seminggu. Alhamdulilah. Aku tak punya masalah dalam ni. Cuma kadang-kadang cukup makan je. Takde pun beli baju ke apa ke.Bayangkan la, kalau ada anak bini? Aduhai..tak mampu.. Sory sayang..abang bawak balik ikan kering je malam ni. Sanggup? Hehe. Demi cinta, ayang sanggup.! Poodah!! Tak percaya aku. huhu.

Segala perancangan aku untuk memiliki kenderaan berbumbung, memiliki sebidang tanah, memiliki sebuah kediaman yang nyaman, semuanya tergendala. Biar lah..Tak perlu nak kelam kabut. Biarkan semuanya berjalan dengan lembut dan sempurna. InsyaAllah.

Perlu diingat, ummat Muhammad S.A.W, jika diturunkan bala. Bala itu, tidak ada mata. Semuanya akan kena bersama. Tu sebab la, satu dunia ni, ekonomi merosot, semua menjunam. Takde pengecualian. termasuk aku. :))


Rumusan separa penggal Manifesto 2009m 1430h = GAGAL

Tuesday, March 24, 2009

. : ke arah mencapai manifesto 2009m dan 1430h ku : .

Hari ini, 24 March 2009, bersamaan 27 Rabiulawal 1430h, aku masih teringat kan manifesto aku, yang aku telah lancar kan pada awal tahun ini. So, semalam aku berkesempatan nak uji dan nilai keberkesanan manifesto aku ini, sama ada tercapai atau tidak. Aku pergi giant semalam, nak cuci gambar dan beli deodorant, so aku de nampak mesin timbang dan ukur tinggi. Masukkan 20 sen x 2, kemudian berdiri tegak dan mesin itu akan menilai nya. huhu. so. keputusan nya: -

huarhh. aku pun tak sangka. Aku rasa bahagian berat, dah naik la. Bulan januari aku de timbang, dalam 58kg. Sekarang 61.5kg. So peningkatan sebanyak 3.5kg. Haha. Aku pun tak tahu la. Naik tang mana. Aku rasa sama ja, dari segi penglihatan aku. Tapi dari segi matematik nya. BERJAYA. : ) huhu

Saturday, January 10, 2009

. : ke arah mencapai manifesto 2009m dan 1430h ku : .


yeahh..!!!kearah mencapai manifesto ku,huhu menambah berat badan.aku dah beli susu.huhu.
"muscle whey protein"
ini merupakan produk yang di khas kan kepada para pengemar2 gym. so bagi aku, yang bukan penggemar gym. beli susu...jadila... : ) susu ni aku mintak tolong hafiz (budak kilang aku) pergi beli. kat pusat gym di pengkalan. harganya RM65. berbaloi?? sama2 la kita saksikan. hehe. perisa coklat banana. kandungan 100% protein.. aku tak tahu la....kalau abang yang jual tu, tipu, maknanya aku pun tipu korang jugak la... huhuhu
cara pemakanan : 2 scope bersama dengan air suam 250 ml.
sehari 2x sebelum makan.
selamat mencuba!!

Thursday, January 8, 2009

. : manifesto tahun baru : 1430 hijrah dan 2009 masihi : .




alhamdulilah hari demi hari nak mula kan tulis blog.tak jugak mula2. tapi malam nih, betekad jugak.mesti mulakan jugak, tak kira apa nak jadi..jadi lah. : )


huh. manifesto tahun baru aku.




ibadah

karier

jodoh

duit..duit..duit

berat badan

simpanan

___________________________________________________

ibadah


insyaALLAH nak dekatkan diri dengan ALLAH swt, moga mendapatkan keberkatan dari yang maha esa. Nak rajin sembahyang, nak kuat bersedekah, senang cita AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR. insyaALLAH.



karier


ini yang aku tengah gusar, dengar cerita dari pakar2 ekonomi dunia. semua cakap. ekonomi kta akan terus merudum. tp aku percaya pada kerajaan (pakatan rakyat) untuk mengangkat kembali ekonomi kita. : ) takkan aku nak stay dengan company BALDA SOLUTIONS nih, dah la OT takde. asyik kena potong gaji je. unpaid leave. huh.. aku berharap dan teringin nak masuk POWER PLANT or naik pelantar minyak ke. insyaALLAH. aku dah apply, kalau ada panggil, aku akan buat sehabis baik la. huh. insyaALLAH terjamin masa depan aku dan keluarga aku nanti.



jodoh


huh ini yang paling rumit. this year, i become 23 years old. wow.. dah tua tu..! huhu. sepatutnya, aku dari pas sekolah, dah bajet, pada umur aku 23 nih, arap2, ada steady girlfriend. tapi...tapi.. takde pun. pening aku. ntah laa. tak cukup syarat agaknya. .haha. atau aku yang memilih. tak jugak. tapi kakak aku kata aku memilih. haha. aduh.. takpe. aku percaya pada qhodo' dan qhadar. pasti ada.. dan jodoh tu, dah tertulis.. insyaALLAH.



duit..duit..duit


huh. aku kena rajin keja... jangan suka ikut kawan. jangan membazir. jangan beli barang2 yang tak berfaedah. jangan lepas kan peluang untuk dapat kan duit. anggap itu sebagai rezeki yang ALLAH telah turun kan kan.... nak simpan more 10k, for this year.. same like last year. huh. tahniah pada aku, kerana dapat mengatasi nafsu beli belah aku. : )



berat badan


yaa...ini satu cabaran. aku nak tingkat kan berat badan aku. sekarang 55kg, aku target 65kg nak maintain kan BMI aku. supaya aku dapat BMI yang ideal pada seorang lelaki. : ) and langkah pertama=dah beli susu kat tempat gym area pengkalan. good luck falie!! : )



simpanan


haha ini best. aku nak kembali kan zaman kegemilangan simpanan syiling aku. huhu tahun lepas, 2008, aku simpan duit rm1 kertas, sehari 2 helai. wow. masa kira nak masuk dalam ASB, ada dekat RM650. wow.. banyak gak tu.. huhu. now this year.. bukan duit note rm1. tapi syiling.. rm0.50 bulat. sebanyak 4 keping sehari. so. rm0.50x4=rm2. huhu good luck. macam biasa, simpan dalam beg GiVi. huhu

harap-harap semuanya tercapai dan dapat menjalani tahun 1430 hijrah dan 2009 masihi dengan tenang,

suka ria yang tidak mengecewa kan semua pihak termasuk diri aku dan diri orang lain. insyaALLAH.