Monday, February 23, 2009

. : cekik darah : .

cekik darah
menurut peribahasa melayu bermaksud : harga yang melampau-lampau

menurut bahasa pasar pula : kena ketuk!

haha..ini hari memang aku 'kena ketuk'. Aku makan tengah hari ini hari di kedai yang bukan selalu aku makan, konon nya nak tukar selera la konon nya. Nama restoran terpaksa di rahsia kan, dia pun nak meniaga jugak.. Kesian la.. Tak baik, menganiaya kedai tuh. Tapi aku yang teraniaya.. Bagi aku tak patut. Tapi apa kan daya.. aku dah telan and dah bayar dah pun. aku bukan nya jenis berkira sangat. Tuh je, takde niat buruk pun. Huhu.. Selalu kalau kat kedai, mesti ada cogankata macam ni. 'sedap bagitau kawan, tak sedap bagitau kami'. Tapi ini ari aku nak bagitau, 'murah bagitau kami, mahal bagitau kawan2' Hahah.. Ok laa,saje nak share dengan semua orang. Berbaloi ke tak?

Nasi Putih + Ayam Percik (belah 4) seketul + Nescafe Ais = RM7.20


Berbaloi? haha..
Bak kata Ahmad Nabil, Juara raja lawak astro,
Ahh..Lu pikirrr la sndri!! Assameykom..!!


p/s = kalau kedai mamak, kena ketuk sampai lebam, air tak sedap, roti canai uli dengan kaki, kedai busuk, mahal nak mampus. Sapa pun tak complain pun kan, termasuk aku. hahah.

Sunday, February 22, 2009

. : my next career : stay at ipoh : .

buat masa sekarang, bukan tiba masanya lagi untuk aku, pergi merantau. walaupun usia ku masih muda. tapi. banyak halangan dan dugaan.
  1. mak : if aku pergi, mak sekarang kat png, tgh punya masalah sangat. if pergi, susah la, sapa nak tengok2 kan dia nanti. kesian la, sekarang tak stabil lagi la.. cian kat dea.lepas satu..dua..lepas dua..tiga..huhu
  2. tok dgn tokwan : susah la, skrg aku tggal dengan deorang, ada aku, boleh la aku tolong tengok2 kan. nih, kalau aku pergi, tok wan pun, kadang2 sakit tetibe je. kang sape nak bawak pegi hospital..
  3. abah : abah pun pernah nasihat kan aku, suruh kerja di ipoh dulu. if dapat kerajaan, tak dapat la nak tolak dah kan. pegi dengan redho.
  4. johor : salah satu faktor utama sebenarnya, aku mana pernah pergi joho, last masa kecik2 dulu, aku tak tawu jalan la. bukan nya, nak pergi belajar, susah la. semua nya kena sendiri.
  5. gaji : bukan nya, besar sangat gaji kot. nak pi tempat orang. if 2k pun, belum tentu cukup, dengan makan, sewa nya, minyak nya. haish.. mcm2 la..
  6. swasta : bukannya kerajaan pun, swasta gitu2 je. sebabnya, if swasta, aku pun keje lagi, bukannya aku tak keje dah. bukannya aku menganggur.

takpela, rezeki ada dimana2, tak semestinya, if aku pergi, bukan untung n rugi ke ape.. if tak pergi susah. takpe, usaha tawakal, berdoa. insyaAllah.. ada rezeki aku kali ni, dimana2. kita bukan tawu pun.ok. terserah.. maaf along pak teh, bukan sengaja nak tolak. pe2 pun..aku sudah buat keputusan.. amin!

Thursday, February 19, 2009

. : my next career : need a best desicion : .

wahhh!! tetibe je, jadi bingung sebentar, untuk bagi keputusan. aku penah submit resume aku dekat cousin aku, cousin aku fwd kan dekat bf dea. bf dea keje company kat joho. "southern waste management".
Huh.. nak di jadikan cerita.
semalam, 18.02.09 jam 6 ptg, ada 1 call dari joho. 07-366....

Gadis : Haloo Boleh, saya cakap dengan Encik Muhammed Fauzlie?
Falie : Ye..saya cakap.
Gadis : Kami dari Southern Waste Mangement. Kami ada menerima CV dari pihak encik. Kami nak adakan temujanji, bagi mengadakan temuduga, boleh?
Falie : Ye, boleh.. Bila tuh? dan kat mana ye?
Gadis : Ok. 23hb. hari isnin. Jam 10 pagi. Lokasi di pejabat kami.
Falie : Pejabat? Kat mana tu?
Gadis : Pejabat kami, kat permas jaya. Tahu?
Falie : Permas Jaya?? kat mana tu ye?
Gadis : Ok. Tahu tak Jaya Jusco Permas Jaya?? Haa. Dekat situ la.
Falie : Hahaha. Ok..Ok.. Kat negeri mane tu ye? (dia ingat aku tahu kot permas jaya tuh??)
Gadis : Dekat negeri johor. Tahu?
Falie : OO.. Johor......tahu..tahu.. hahaha
Gadis : Ok ambil alamat syarikat kami.
Falie : Ok.. Ok.. (tengah salin la ni)
Gadis : Apa-apa pun, cik telefon kami k. Jika ada sebarang masalah.
Falie : Ok. Terima kasih..
Gadis : Sama-sama.


Perhhh!! Bedenyut kepala otak aku. Tetibe je kena buat keputusan macam ni, Macam mana ni?Nak pegi ke tak? Jauh tuh. Johor.. Aku bukan ade saudara mara kat sana. Harap member2 Polymas aku la. Apa jaminan aku nak duk sana. Semuanya, kena berdikari, makan, sewa umah, minyak, rokok?? nasib baik tak hisap rokok, adeyhh.!! camne nih, takkan aku nak kecewa kan, bantuan, along tuh, busuk nama along pakteh tuh nanti, Sure tak nak tolong aku dah nanti.tapi bila pikir balik, aku bukan nya takde keje kat ipoh nih. cuma tak cukup kukuh je. Tapi apa jaminan aku nak duk kat johor.! haha. kelakar.. kelakar.. dari smelam sampai pagi ni, aku tak dapat buat keputusan lagi. Mak, tok, kak long, tok wan, semua cakap. terpulang dekat hang! hang pikiaq sendiri! haha. maseh ada masa, nak tanya kawan2 kilang pulak. Aduhai...!!!

Wednesday, February 18, 2009

. : my next career : insyaAllah : .

Sampai je ketika ini, ekonomi malaysia semakin merudum dan tanpa tanda2 peningkatan yang positif. dengan ini, secara tak langsung, ekonomi aku turut terjejas la. sekarang dah takde OT, dah takde elaun yang melebih-lebih. dulu punya la aku pulun sakan, hurm segala perancangan aku tergendala, dari kereta bawa ke rumah dan impian mendirikan rumah tangga (sape tuh?). huhu.. semuanya terhenti dengan serta merta. : )
Dengan ini aku isytiharkan, aku sudah dan mula mencari lobang2 kerja baru bagi meneruskan impian dan cita-cita aku. insyaAllah. aku dah usaha mintak kan.. tawakal dan berdoa. itu aje la, jalan yang ada, aku bukan lah anak2 datuk yang punya kabel2 besa untuk membantu kerjaya aku. kabel yang aku ada. hanyalah. ALLAH s.w.t. tempat2 yang sudah ku pohon, harap2 berjaya hendaknya: -
  1. spa (tak pernah panggil pun)
  2. instep (dah 3 x, still belum rezeki aku)
  3. malakoff berhad
  4. jimah energy ventures
  5. tnb distributions
  6. tnb janamanjung
  7. indah water konsortium
  8. misc berhad
  9. faber medi-serve
  10. telekom
  11. perbadanan putrajaya
  12. rapid kl
  13. uitm
  14. upm
  15. utp

insyaAllah, macam-macam lagi akan menyusul. aku dah cube sedaye upaye, demi masa depan aku. sampaikan, makcik pejabat pos kat ulu kinta tuh, dah kenal aku, haha.. haa..kamu lagi!?! haha. takpe, aku dah usaha. sekarang yang tinggal hanyalah, tawakal dan doa mengiringi resume dan cover letter aku. huhu.. Aminn..

Tuesday, February 17, 2009

. : balda solutions malaysia : part I : .

hari ini.. 16 february 2009. lama jugak aku dah keje dengan sendiri nya, cari duit sendiri, hasil titik peluh sendiri. aku mula keje, 27 august 2007. wahh..tak sangka dapat stay keje lame dah. aku pun tak plan pun nak keje dekat kilang nih, sampai kan, masa nak interview pun, aku tak tahu, kat mane kilang nih berada. BALDA SOLUTIONS MALAYSIA. bagi aku, penduduk2 ipoh ni, ramai jugak yang tak tahu menahu tentang kilang ni, sebenarnya.

mula nya aku bertapak di kilang ni, punca nya. wawa (isteri epoi) la. dia tengah main ym dengan aku, di suatu petang, dia ada tanya aku, tak keje lagi ke? aku cakap la. aku dah banyak apply dah kat tempat keje lain, tapi tak dapat2 pun, so tunggu je laa kat umah. Dia tanya aku, tak nak keje dekat balda ke? balda thong fook ( sebelum tukar nama sekarang). Aku cakap keje ape,? mane aku nak tawu. haha. so, dea mintak aku fwd kn, resume dekat email dea, dea try submit dekat ade brader dlm HR balda tu. Bila aku submit je, hari khamis. Esok nya, jumaat. Ada call dari HR balda. Suruh datang interview. Makkk aii.. senang nya. hahah..! Rezeki aku kali ni kot kan. Layan kan je.

Bila nak interview je, masa hari ahad tuh, aku dah pergi ushar line.. kat mana la, kilang nih agaknya. mana laa aku nak tawu kan.. yang tahu dekat lahat. Aku pergi time tuh, dengan keloy. Punya laa jauh, kitorang dah sesat sebenarnya.. Hahah Hasil dari peta minda yang wawa bagi. aku pun dah sampai la.. Yess.. sok pagi kui 10, interview. first time kot... huhu

Punya la smart aku pagi ni, pergi dengan baju kemeja kuning lengan panjang, tali lahir, seluar slacks itam, selak plak kasut kulit. perhhh..! mcm nak pergi direct selling je.haha. Sampai je, aku pergi la isi borang dulu. Akak receptionist tuh, mintak aku tunggu ye, para interview2 tengah ada mesyuarat katanya. Boleh tahan la jugak tunggu nya. dah la kite ih, duk bedebar2 je. hehe. Sampai je, nama aku dipanggil (mcm dkt klinik plak). Aku pun masuk la.

Good morning, sir! ceewahh.. ckp omputih aku pagi ni. Haha. Bila nak intro tentang aku, bos tuh,. suruh aku say in english. Bla..bla..bla.. haha.. Im from.. im stdying.. im sorry...! hahah. Ntah, mcm yakin je aku kalini, dengan kilang nih, lagipun ade kabel kot kan. layan kan je la. Hurm, masa dia tanya tentang gaji, nak berapa? mana la aku nak tahu, haha. Siap tanya, bila boleh mula keje, aku cakap la. As soon as posibble.! haha. ckp omputih lagi. haha.. lawak sebenarnya.. mcm tak caye je, aku dah nk masuk ke alam pekerjaan.. Dulu masa sekolah, nak keje. skrg dh keje, dah nk skolah plak. haha!

habis je interview, akak admin tuh cakap la, tunggu dulu ye dik, kalau ade rezki adek, nanti kami panggil la ye.. Aku pun, OK... terime kaseh.. senyuman tetap meleret.. haha. Aku interview hari isnin, hari jumaat lepas tuh, pihak HR, call. dek..dek.. adek diterime keje dengan kami. Wow.. alhamdulilah. Hari isnin nih, saya daftar k. insyaAllah. Tok, tok wan ngan mak la orang yang paling gembira. Lepas dah tanggungjawab mereka bagi aku pelajaran. Lega.. Thanx all. huhu.

Dari tarikh 27 august 2007, mula la kerjaya aku, sebagai pekerja. Pekerja yang mencari, rezki, titik peluh sendiri. Hasil usaha dan daya kederat sendiri. Sampai ke hari ini, aku maseh disini, aku tetap disini, dah 2 x bonus aku dapat.Alhamdulilah. nanti sambung lagi ye.. topik lain plak.. huhu...! : )

Monday, February 16, 2009

. : stop loving you : .

I better stop loving you.
Tiada gunanya lagi.
dah terlewat.
dah terlajak.
dah tersurat segalanya.
aminn.!
ya raballalamin.
aku mula sedar.
walawpun dah terlewat.
maseh punya masa.
maseh punya tempat.
insyaAllah..
jodoh itu pasti datang.
insyaAllah.

. : andersonian : selamat ulang tahun ke 100 : .








SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ANDERSON


Hari ini, 15 february 2009. Tarikh keramat bagi andersonian. Ini kerana tarikh ini, adalah tarikh genapnya 100 tahun sekolah ini ditubuhkan. Banyak program diadakan bagi menyambut hari bersejarah ini. Tapi bagi aku macam biasa.. Low profile. Tak pergi program yang remeh-remeh. Just pergi program kemuncak je. Itu pun secara tak sengaja pun. Aku just mesej UBAN (member since class 1A3, 1999). Nak pergi ke? Tak nak pergi ke? Last2, decide. Pergi je la. Bukan lama. Bukan senang nak jumpa kawan2. Nak tunggu bila lagi? Takkan nak tunggu sampai ulangtahun ke 200 pulak kot. Confirm aku dah simpan punya. Hahaha..


Ingat lagi sejarah sebelum aku masuk sekolah ni dulu. Belajar bukannya pandai pun. Advantage sebab aku sekolah rendah cator avenue. Sape2 sekolah cator avenue, automatik masuk sekolah anderson ni. Tok aku sangat suka la, kalau aku dapat masuk sekolah ni. Katanya..sekolah omputih. Boleh pandai cakap omputih. Hahah. Dulu2, sapa dapat masuk sekolah nih, orang nya, pandai2. hehe.. Pandai ke aku?!? Pakcik aku pulak cakap, kalau aku masuk sekolah nih, aku pandai main hoki. Sebab sekolah ni, sekolah projek, premier main hoki. haha. Aku rasa sampai ke saat ini, aku memang TAK RETI main hoki. Haha. So, atas faktor omputih dengan hoki, aku di galakkan masuk ke sekolah ni. Tapi, kesimpulan nya.. Kedua-dua faktor ini, tak tepat. Haha. Aku punya penguasaan bahasa inggeris, masih di tahap sederhana dan permainan hoki, masih aku tak dapat main dengan sempurna.


Banyak kenangan aku di sekolah ni, kalau aku nak ceritakan, memang la banyak. Heheh. Aku masuk sekolah ni, hanya 3 tahun sahaja. Lepas PMR, aku terus melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah teknik kerian. Pelajar-pelajar sekolah ni, terdiri hanya pelajar lelaki. So, aku hanya bergaul dengan lelaki sahaja masa sekolah dulu. Aku jarang dan tak rapat dengan mana2 perempuan pun. Harap nya, pergi tuisyen je la. Tuisyen dekat pekan ipoh je la.


Masa aku pergi tadi, ramai kawan2 batch aku jugak yang ada. Majoriti, ramai yang aku tak ingat nama nya.. Tapi majoriti mereka, semua, ingat nama aku. aduhh.. Apa punya kawan laa.. hehe. Maafin aku donk..mungkin sudah lama kita enggak ketemu donk.. : )


Aku just nak cakap kan disini. Kepada kawan-kawan yang dah lupakan aku, macam mana yang aku dah lupakan korang. Aku pelajar andersonian batch 1999-2001, Kelas 1A3, 2A3, 3A4, 4Science4. Bekas kadet tentera. Bekas ahli kelab bola sepak, Bekas ahli kelab sepak takraw. Tiada rekod disiplin, dicatat kan. Hanya bising ketika cikgu mesyuarat je. Huhuh. Peace!!!


selamat ulang tahun kepada andersonian yang ke 100 !!!

Friday, February 13, 2009

. : raja adil, raja disembah ; raja zalim raja disanggah : .

TUAH AKU BUAT SEMUA INI KERNA KAU TUAH,
KALAU AKU TAHU KAU MASIH HIDUP
PERKARA INI TAK MUNGKIN TERJADI TUAH.
SANGGUP SULTAN MENJATUHKAN HUKUMAN MATI PADA KAU TUAH,
SEDANGKAN KAU SETIA PADANYA TUAH ,
"RAJA ADIL RAJA DISEMBAH,RAJA ZALIM PATUT DISANGGAH"
p/s=hanya ALLAH SWT yang maha esa saja yang patut disembah. dalam kubur nanti, malaikat mungkar nakir takkan tanya apa gelaran engkau, yang ditanya amalan mu..

Saturday, February 7, 2009

. : petua jika mahu menyertai reformasi di jalanan : .

mungkin ramai yang tidak tahu dan mungkin tak pernah nak ambil tahu.
Jika bertembung dengan segerombolan FRU,
kemudian FRU itu melepas kan tembakan gas pemedih mata,
INGAT perkara yang perlu dibuat adalah : -

1. jangan basuh muka dengan air, nanti lagi pedih, kulit muka.
2. hanya minum air, bagi melegakan penafasan di bahagian kerongkong.
3. bawalah garam kasar bersama-sama anda.
4. letakkan didalam mulut, insyaALLAH lega..

Selamat Mencuba !!! : )


p/s=petua ini aku perolehi ketika gerakan reformasi, di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar,pada 5.2.2009 selepas solat jumaat.! Takbir!!!

Thursday, February 5, 2009

. : kerajaan pakatan rakyat "tumbang" secara desperado : .




tak perlu ulas banyak2, tengok je la, berita dekat tv3 suku ye.

Jam 8 mlm, confirm hentam kerajaan pakatan rakyat yang dipilih oleh rakyat, bukan dengan duit.

Malam 5.2.09, aku berada di kediaman rasmi menteri besar, first time dapat masuk, kalau dulu, jangan mimpi la.. Nak tengok bumbung pun susah.

Malam tuh, aku datang, lewat, pukul 850pm bru sampai, roadblock besepah2, aku ikut jalan belakang, ikut ipoh parade, dapat jugak masuk, huhu.

Apa2 pun, sampai je, macam biasa terus pergi beli cenderahati, haha. Aku beli baju, 2 helai, baju lambang HAMAS,FREE PALESTINE dengan KAMI BERSAMA TOK GURU, Semuanya RM28, kautim, diskaun, hehe. Then terus la, berasak2, nak masuk,.

Aku sempat dengar ucapan dari YB kesavan, Yb ngeh koo meng, wakil makkal sakhti, wakil pro mahasiswa, dan sebelum bekalan elektrik diputus kan, terus YAB IR Mohd Nizar Jamaluddin berucap, Perhhh..semangat gila, aku ada raka, kalau nak tengok, serach dekat youtube je laa k. hehehe..Bila habis, ramai....kat luar, Cina india, orang asli pun ada, duk pegang bendera Pas, haha..

Bila balik je, hujan lebat gila....!! Hujan rahmat, Yeaahhh
p/s= esok angkat sumpah MB yang haram, mamak 786 ahuks. Ada program kat Masjid Ubuddiah Kuala Kangsar. Aku teringin nak pergi, aku nak tengok secara langsung.!! hehe harap2, ada kereta esok. huhu

Wednesday, February 4, 2009

. : bersama menolak kerajaan penyamun : .

MB umum bubar DUN. Lepas tu menghadap Sultan. Dah selesai pun. Dah Keluar dari istana. Kejap lagi nak buat PC kat rumah dia. Kata wartawan yang ada kat istana, Sultan belum perkenan hal bubar tu. Tuanku nak refer pada penasihat undang-undang dulu. Besok baru ada jawapan.TUNGGU JE LA!Kejap tadi Najib adakan PC. Dia umumkan BN dah cukup kerusi untuk bentuk kerajaan Perak. Nasarudin Bota rujuk balik masuk UMNO. Jamaludin dan Osman pun dah hantar surat keluar PKR. Hee Yit Foong pun keluar DAP.BN ada 31 kerusi. PR tinggal 28. Maka Najib kata akan menghadap Sultan dalam masa terdekat untuk mohon perkenan bentuk kerajaan.TUNGGU JE LA!Kalau Sultan perkenan keputusan bubar DUN yang MB buat tu, kita akan berentap semula dalam pilihanraya negeri.Kalau Sultan terima Najib atau siapa yang nak jadi MB baru tu masuk menghadap untuk dapat perkenan bentuk kerajaan BN, tak jadilah pilihanraya. Kita dapat kerajaan baru. Kerajaan Penyamun.TUNGGU JE LA!Kalau jadi pilihanraya, kita ada peluang cerah untuk bentuk kerajaan dengan jumlah kerusi yang lebih banyak dari sekarang. Sebab tu lah UMNO sanggup buat apa saja untuk mengelakkan pilihanraya.Kalau kerajaan bertukar tanpa pilihanraya, kerajaan tu pun hanya ada kelebihan kerusi yang sikit sangat. Tak berapa kuat macam kerajaan kita yang asal juga. Macam-macam boleh jadi.Kita tak perlu gelabah dan kelam kabut. Kita perlu terus melangkah macam biasa. Kalau pilihanraya, kita langkah cara pilihanraya. Kalau terbalik kuang macam tu je dan BN ambil alih negeri ni, kita langkah cara pembangkang macam dulu-dulu. Tapi kali ni kita dah ada banyak pengalaman baru. UMNO tak mungkin boleh relaks.Please ... jangan gelabah teruk sangat. Filem ni just begin. Panjang lagi ceritanya. Banyak lagi adegan-adegan luar jangka yang akan kita saksikan. Buat kerja macam biasa. Ops! bukan macam biasa tapi lebih kuat daripada biasa. UMNO perlu dikuburkan terus seperti patutnya Israel ditiadakan dalam peta dunia!

Sunday, February 1, 2009

. : blue is the color : .

Blue is the colour, football is the game
We're all together, and winning is our aim
So cheer us on through the sun and rain
'cause Chelsea, Chelsea is our name
Here at the Bridge whether rain or fin
We can shine all the time
Home or away, come and see us play
You're welcome any day

Blue is the colour, football is the game
We're all together, and winning is our aim
So cheer us on through the sun and rain
'cause Chelsea, Chelsea is our name
Come to the Shed and we'll welcome you
Wear your blue and see us through
Sing loud and clear until the game is done
Sing Chelsea everyone


p/s = tonight the blues vs the reds. aku nak balik penang, rumah mak, nak tengok kat kedai mamak area penang. huhu come on, evrybody, sing with me yeahhH!! blue is the color !