Monday, February 16, 2009

. : andersonian : selamat ulang tahun ke 100 : .








SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ANDERSON


Hari ini, 15 february 2009. Tarikh keramat bagi andersonian. Ini kerana tarikh ini, adalah tarikh genapnya 100 tahun sekolah ini ditubuhkan. Banyak program diadakan bagi menyambut hari bersejarah ini. Tapi bagi aku macam biasa.. Low profile. Tak pergi program yang remeh-remeh. Just pergi program kemuncak je. Itu pun secara tak sengaja pun. Aku just mesej UBAN (member since class 1A3, 1999). Nak pergi ke? Tak nak pergi ke? Last2, decide. Pergi je la. Bukan lama. Bukan senang nak jumpa kawan2. Nak tunggu bila lagi? Takkan nak tunggu sampai ulangtahun ke 200 pulak kot. Confirm aku dah simpan punya. Hahaha..


Ingat lagi sejarah sebelum aku masuk sekolah ni dulu. Belajar bukannya pandai pun. Advantage sebab aku sekolah rendah cator avenue. Sape2 sekolah cator avenue, automatik masuk sekolah anderson ni. Tok aku sangat suka la, kalau aku dapat masuk sekolah ni. Katanya..sekolah omputih. Boleh pandai cakap omputih. Hahah. Dulu2, sapa dapat masuk sekolah nih, orang nya, pandai2. hehe.. Pandai ke aku?!? Pakcik aku pulak cakap, kalau aku masuk sekolah nih, aku pandai main hoki. Sebab sekolah ni, sekolah projek, premier main hoki. haha. Aku rasa sampai ke saat ini, aku memang TAK RETI main hoki. Haha. So, atas faktor omputih dengan hoki, aku di galakkan masuk ke sekolah ni. Tapi, kesimpulan nya.. Kedua-dua faktor ini, tak tepat. Haha. Aku punya penguasaan bahasa inggeris, masih di tahap sederhana dan permainan hoki, masih aku tak dapat main dengan sempurna.


Banyak kenangan aku di sekolah ni, kalau aku nak ceritakan, memang la banyak. Heheh. Aku masuk sekolah ni, hanya 3 tahun sahaja. Lepas PMR, aku terus melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah teknik kerian. Pelajar-pelajar sekolah ni, terdiri hanya pelajar lelaki. So, aku hanya bergaul dengan lelaki sahaja masa sekolah dulu. Aku jarang dan tak rapat dengan mana2 perempuan pun. Harap nya, pergi tuisyen je la. Tuisyen dekat pekan ipoh je la.


Masa aku pergi tadi, ramai kawan2 batch aku jugak yang ada. Majoriti, ramai yang aku tak ingat nama nya.. Tapi majoriti mereka, semua, ingat nama aku. aduhh.. Apa punya kawan laa.. hehe. Maafin aku donk..mungkin sudah lama kita enggak ketemu donk.. : )


Aku just nak cakap kan disini. Kepada kawan-kawan yang dah lupakan aku, macam mana yang aku dah lupakan korang. Aku pelajar andersonian batch 1999-2001, Kelas 1A3, 2A3, 3A4, 4Science4. Bekas kadet tentera. Bekas ahli kelab bola sepak, Bekas ahli kelab sepak takraw. Tiada rekod disiplin, dicatat kan. Hanya bising ketika cikgu mesyuarat je. Huhuh. Peace!!!


selamat ulang tahun kepada andersonian yang ke 100 !!!

No comments: