Showing posts with label careers. Show all posts
Showing posts with label careers. Show all posts

Monday, April 20, 2009

. : my next careers : kapar energy ventures : .

ku sangkakan panas sampai ke petang
rupanya hujan dan ribut taufan di tengah hari

Hari ini, aku fikir, aku akan mulakan satu hidup baru. Satu dimensi baru yang dicita2 kan selepas masuk ke alam pengajian tinggi. Datang dengan penuh harapan semua yang berada di belakang ku. Tak dapat aku sembunyikan lagi, kegembiraan yang terpacar dilubuk hati ku. Ntah la, sejak aku pernah berada dalam pengajian di politeknik. Ramai rakan didalm kelas aku, pasti menanam cita-cita agar berjaya. Berjaya bekerja dan berkecimpung dalam industri power plant ni. Termasuk la dengan diri ku ini. Aku dah dipanggil untuk sesi temuduga pada 26 Mac 2009. Tempoh yang begitu singkat, dari 26 Mac hingga 17April, aku telah dipanggil untuk sesi seterusnya, iaitu, sesi ujian kesihatan dan ujian kecergasan. Aku telah membuat temujanji, pada 20April adalah tarikh yang dipilih. Sesampai aku di rumah teman aku, aku langsung tidak hiraukan tentang pemasalahan2 lain. Yang hanya bermain dalam fikiran aku. Aku bakal menempuh satu alam baru. Alam kerjaya yang lebih profesional.

Sesampai aku di KEV, pada jam 8 pagi. Aku telah mendaftarkan diri di pondok pengawal dan diminta aku pergi menunggu di bahagian Lobby. Nama di panggil seorang demi seorang. Nama aku turut tersenarai. Alhamdulilah. Mungkin cepat habis ni, boleh la aku pulang ke ipoh, bagi membuat persiapan2 lain. Ujian air kencing, adalah ujian pertama bagi aku. Lulus. Kemudian, ujian seterusnya, adalah mengukur tinggi, dan menimbang berat badan. Semua nya, lulus dengan cemerlang.

Babak seterusnya, bagi, memeriksa bahagian mata. Jeng..jeng..jeng.. Ini lah yang merisaukan aku pada mulanya, sebab, power pada cermin mata aku nih semakin kurang. Aku dapat menjawab dengan baik. Seterusnya, ujian rabun warna. huh. Aku jawab...dan jawab. Tapi Uncle yang dipertanggungjawabkan, telah menegur aku, kesalahan demi kesalahan ketika menjawab nombor2 yang tertera pada kad tersebut.

Huh..kemudian aku bertemu dengan dokter dalam tu. Bagi membuat ujian tekanan darah dan jantung. Semuanya lulus. Uncle yang india tu, terus bercakap dengan dokter, dia ni, ada masalah mata ni. Color blind dia kata. Perhh.. I nak dokter REJECT kan dia.! Astaghfirullah.. Bergemuruh jantung aku. Aku rasa, sebelum ni, mata aku tak la seteruk ini. Takkan effect pada aku kerja "quality control" dekat Balda Solutions ni. Dokter siap bertanya kan aku, kamu ada lesen kereta? Aku jawab la. Ada.. Nih haa. Lesen saya.! Terus dokter tu, nasihat kan aku supaya kerja di tempat lama. Aku hanya diam aje la. Masa dokter tuh, nak tulis pada borang kesihatan tu, yang GAGAL. Aku sampai pegang tangan dokter tu, macam mana ni dokter? Saya tak tawu pun, saya punya tahap kesihatan mata saya macam ni. Sebelum ni, ok je. Sebelum ni, dalam apa bidang kerja saya pun, takde masalah. Huh..

Selepas pada babak tu, aku mula tak tenteram. Dalam fikiran melayang-layang. Aku tak dapat berfikir apa-apa lagi.Ini la, orang kata, takde rezeki. huh. Dah memang takde rezeki aku kali ni. Aku dibawa berjumpa dengan Big Boss HR. Akak yang menemuduga aku pun, berat hati nak bagi tau kat aku, keputusan pihak atasan. Tapi tak perlu di beritahu pun takpe, aku memang faham. Pasti aku gagal la.. Apa yang boleh dibuat lagi. Aku bukan nya anak staff. Aku bukannya anak Datuk2. Aku bukannya punya keistimewaan pun. Tak pe. Memang ketentuan aku, macam ni. Kecewa memang sangat kecewa. Tapi apa kan daya.

Semasa pulang, menitis air mata aku mengenangkan nasib aku, yang kusangkakan baik. Aku pandang chimney dari cermin sisi. Aduhai....sedihnya.. air mata saja lah, yang mengiringi perjalanan aku. Apa guna aku menangis lagi. Keluar air mata darah sekalipun. Aku telah gagal. Gagal memberi kegembiraan dan harapan kedua orang tua ku, kedua tok dan tokwan. Mungkin mak, abah, tok dan tokwan, yang paling kecewa dan terkilan. Aku hanya perlukan selangkah aje lagi. Aku akan dapat mengubah nasib aku, nasib keluarga aku.

Apa kan daya, satu nikmat dari ALLAH swt, iaitu peglihatan yang baik, telah ditarik. Aku tidak dipilih oleh NYA, untuk menerima nikmat penglihatan yang baik. Sekurang-kurangnya, aku dapat juga melihat. Alhamdulilah.. syukur. Mungkin rezeki aku bukan di KAPAR ENERGY VENTURES. Aku redho. Aku pasrah. :'((

Friday, April 17, 2009

. : my next career : kapar energy ventures : .

Alhamdulilah..syukur ke hadrat Allah swt.
Jam 4.50pm,17hb April2009.
Ada satu panggilan di buat kepada my nokia,
No yang tak dikenali, +60332508802
Alhamdulilah..
satu panggilan yang dibuat dari KAPAR ENERGY VENTURES.
Diberitakan, aku punya sesi temuduga, telah berjaya.
Diminta aku,
memilih tarikh bagi diadakan,
ujian kecergasan dan medical check-up.
Aku diberi pilihan samada 20hb,22hb atau 27hb.
Aku telah memilih pada 20hb,
kerana pada tarikh tersebut,
adalah cuti umum bagi seluruh rakyat di negeri perak,
kerana hari keputeraan Sultan Azlan Shah.
Huh. Alhamdulilah.........syukur..
Rezeki aku, di Klang pula.
Amin, Aku telah mencapai salah satu daripada,
: MANIFESTO TAHUN BARU : 1430h 2009m :

Alhamdulilah
Alhamdulilah
Alhamdulilah

Thursday, April 16, 2009

. : my next career : rapid kl : .

Salam sejahtera semua.
Sebenarnya aku ada tercicir ceritera dalam ni.
Aku ada terlibat dengan satu temuduga, dengan Rapid Kl, pada 3.4.2009.
Tak banyak yang mampu diceritera kan.
Tapi, aku tak beri 100% komitmen, berlainan ketika aku pergi di Kapar Energy Ventures.
Oleh sebab tu, aku banyak di hentam ketika temuduga.
Walaupun, ujian minda yang diadakan dapat aku jawab dengan baik.
Hanya, aku lupa, pada soalan terakhir, di tanya tentang, fizik, daya geseran nya kira2.
Hurm..
Tapi bila dah nak habis, macam ada peluang je. Tapi, tawakal aje la.

InsyaALLAH

Saturday, March 28, 2009

. : my next careers : interview kapar energy ventures : .


Aku bertolak dari ipoh, hari rabu 25.03.09. Aku dah beli tiket pada hari sebelumnya, dengan harga RM23. Bas SE ekspress. Boleh tahan jugak, harga nya. Nak tak nak, terpaksa la. Dah memang nak pegi kan. Aku parking motor aku dekat bas station medan gopeng nih, dengan bayaran RM2 per day. Harap2 tak hilang la, tak dirosakkan dan sebagainya. Aku malas nak menyusahkan orang2 nak tolong datang ambik ke hantar ke. Biar aku sorabg2 je yang susah. Lagipun, bukan lama pun. Semalaman je. Aku memang dah apply cuti tanpa gaji dah. Kerja pun dah takde, so, approve punya la.

Tiba je aku dekat Klang Central, aku dah mesej kama (housemate polymas aku), rumah dea area situ je. Senang la. Bila aku turun je bas, aku di tegur oleh gadis2(6 orang) dari seberang. Eh, abg pun ada kat sini? Nak pergi mana? aku cakap la, yang aku dah berhenti kerja, haha Rupenye deorang pun dah tak kerja dekat balda tuh. Deorang dah tukar ke kilang dekat Kajang. Bial kama sampai je, aku pun terus la balik rumah dea dulu, hantar beg dulu. Dah la beg nya besa je dan terus pergi makan. Aku cakap la, kat kama, bawak la aku makan dekat kedai sedap sikit. Haha,. Bila makan je, alahai. failed!! ntah macam ada yang tak kena dengan Nasi Goreng Daging Merah nya. huhu. Tak pe la, janji hilang jugak lapar nya. Perut dah kenyang, terus bergegas la pulang. Jam dah pukul 9.30 malam. Study apa pun tak lagi. Esok soalan apa yang nak keluar, dah ada. Cuma nak ingat refresh balik je.

Lepas je mandi, aku pun bukak la, modul time poly dulu dengan laporan praktikal aku tu. Soalan yang akan keluar terdiri dari topik : TEKANAN,HABA,KERJA,ELEKRIK,KIMIA,MATEMATIK.

Aduhai!!! Lama benar dah aku tinggal kan topik2 tu, dengan pengiraan nya, formula nya. Huh. Nak tak nak, kena la aku ingat balik. Demi masa depan aku yang suram ni. terpaksa la jugak. Punya la tebal jugak nota nya, kena hafal, tentang latar belakang KEV lagi, berapa penjanaan kuasa nya, siapa CEO? macam2 la jugak kan. Jam dah pukul 1.30 pagi. Mata dah ngantuk, ilmu pun dah ada di dada sedikit. Tido la. Dengan hujan mula turun dengan lebatnya. Dengan beralas kan bantal yang tak empuk langsung aku pun tido....Jam dah kunci jam 630 pagi. ZZzzzZZzzZZz

Jam 6.30.Bangun je aku pagi tu, hujan pun dah berhenti, Selesema dah mula menyelubungi hidung ku. Aduh.. macam mana nak mula nak mandi ni, nak merasa air free negeri selangor yang sejuk2 ni, rumah kampung. Air sure sejuk punya. Hurm.. mandi dah siap dengan baju kemeja kuning, bertali leher, berseluar slack hitam, berkasut kulit hitam. Perh.. dengan fail di tangan. Nota di poket. Im ready... Bismillahhirahmanirahhim. Selawat Nabi, kami pun bertolak. Jalan pun dah mula sibok, Kami terus menuju ke jalan ke KEV. Ikut pekan kapar, menuju ke jalan nak ke Kuala Selangor. Sampai je simpang dekat kampung Tok Mude. Singgah minum jap, kat simpang jalan nak masuk tu. Teruskan perjalanan, dah sampai dekat parking, nampak la EE, dak praktikal dengan aku masa dekat LPP tu, dea pun ada jugak. So, dah daftar je di pondok pengawal. terus je, masuk dalam satu bilik taklimat. Aku tengok ramai jugak, dalam bilik tu, lebih kurang, dalam 25 orang, dan mojoriti nya, muka yang bisa pernah aku lihat ketika di POLIMAS satu ketika dulu. memang ramai dak POLIMAs yang terpilih. Mungkin, bagus kot, POLIMAS nih kan. Hahah. Masuk je, kerani tu, dan agihkan borang, minta di isi, dan diumumkan. TIADA TEST. Hanya temuduga dengan 3 panel engineer je. Wah..!! Nota aku tidak berguna lagi la. Huh. semalam study bagai nak runtuh. hahah. Lega. lepas dah satu azab. Just, nak tempoh, temuduga, 100% la. InsyaAllah. do da best, among da best!

Waktu yang di nanti2, kini tiba. jam dah pukul 12.20 tgh ari. Nama aku di panggil. Assalamualaikum, aku memula kan bicara. pada 3 panel, yang terdiri dari akak yang comel, abang yang cool dan abang yang steady je. Tapi nama semua ada IR tuh. pandai2 la. Ok... Encik Fauzlie, terang kan latar belakang awak?. Bla..bla..bla (dalam BM tau). Akak tu, ada tegur aku, bisa tak cakap dengan kuat sikit, sebab awak cakap perlahan la, abang tu, cakap, aku cakap macam ustaz2. hahah. aku bukan tak cakap kuat, tapi aku takut sebenarnya, gementar lagi tu. huhuh..Ooo. Kerja di Ipoh, jadi apa? Bla..Bla..Bla...Quality Control. CMM.. Ooo. ayah kerja apa.? Tinggal dengan siapa? Hisap rokok ke tak? Awak sembahyang cukup tak? Huish.. banyak soalan yang lain dari yang lain je. Ada sijil skuter tercantik plak, dalam aku nya, dokumen sijil tu. Itu pun di tanya jugak. Tolong terang kan, apa yang awak buat di Lumut Power Plant, masa praktikal dulu. Aku pun goreng la cukup2, apa yang aku buat, service pum, bukak moto, allignment pam. cuci blade, follow mat saleh bukak turbine. lepak cooling tower. Huish.. macam2 la jugak. dah puas dia tanya. Dia just tanya aku, tak pe ke, kerja di sini, jauh, gaji macam ni, macam tu, Aku setuju je, tanpa banyak bantahan. Hurm.. itu saja yang di tanya. Aku pun berlalu la, dengan lafaz salam dan aku berjabat tangan dengan abang tu. Terima Kasih.. Huh... Lega.....!!!

Kisah ini, tak terhenti disini, kerana perjalanan aku masih jauh. Tiket nak balik ke ipoh, belum lagi beli, kau beli tiket bas, pukul 5 petang. Harap2 boleh sampai awal la, sebab aku keje malam nih. Badan aku semakin lemah, dengan hidung makin tersumbat. Aduh.. rest jap, kat umah, terlelap kejap. Dalam pukul 4 pun aku dah siap, dan terus bertolak la. Bas nama "naik selalu". Bas dari klang central, masuk shah alam, ambik penumpang, masuk pudu raya, masuk plak hentian duta. Jam dah pukul 8, bas tak masuk highway lagi. Dah laa, sejuk, badan plak tak sihat sangat. Dah berhenti di tol jalan duta, ambil barang. Dah pukul 9 malam, boleh plak, singgah makan dekat slim river, mak aii!!! memang bebulu je, lama nye. Dia ingat nak bawak rombongan cuti sekolah kot. Huh. dah laa bawak perlahan, dengan cakap telefon nya., Tak nyenyak aku tido. Ee... memang aku boikot lah, bas NAIK SELALU ni, dan aku takkan naik lagi. Hahaha. Elok tukar je nama bas. JANGAN NAIK LAGI. haha, Aku smpai ipoh jam 11 malam. Dari klang ke ipoh, jam 5 - 11. 6 jam, itulah dia, bas NAIK SELALU. haha...

the end..>~~

Monday, March 23, 2009

. : my next career ; kapar energy ventures : .

Tadi pagi, jam 12 tgh hari, aku dapat satu panggilan dari nombor yang tak dikenali dari kuala lumpur. Satu panggilan dari Kapar Energy Ventures. Minta aku datang interview :

Tarikh : 26 Mac 2009
Masa : 8 pagi
Tempat : Pejabat KEV

Perhh.. Kene buka buku balik la, study. Perh.. Otak dah beku dah nih, bukan nya ingat sangat ni. Nak kene try sms kama, kecik ngan pejul nih. Nak transit umah deorang la.. Huh. Usaha.. Tawakal.. InsyaAllah.

Sunday, February 22, 2009

. : my next career : stay at ipoh : .

buat masa sekarang, bukan tiba masanya lagi untuk aku, pergi merantau. walaupun usia ku masih muda. tapi. banyak halangan dan dugaan.
  1. mak : if aku pergi, mak sekarang kat png, tgh punya masalah sangat. if pergi, susah la, sapa nak tengok2 kan dia nanti. kesian la, sekarang tak stabil lagi la.. cian kat dea.lepas satu..dua..lepas dua..tiga..huhu
  2. tok dgn tokwan : susah la, skrg aku tggal dengan deorang, ada aku, boleh la aku tolong tengok2 kan. nih, kalau aku pergi, tok wan pun, kadang2 sakit tetibe je. kang sape nak bawak pegi hospital..
  3. abah : abah pun pernah nasihat kan aku, suruh kerja di ipoh dulu. if dapat kerajaan, tak dapat la nak tolak dah kan. pegi dengan redho.
  4. johor : salah satu faktor utama sebenarnya, aku mana pernah pergi joho, last masa kecik2 dulu, aku tak tawu jalan la. bukan nya, nak pergi belajar, susah la. semua nya kena sendiri.
  5. gaji : bukan nya, besar sangat gaji kot. nak pi tempat orang. if 2k pun, belum tentu cukup, dengan makan, sewa nya, minyak nya. haish.. mcm2 la..
  6. swasta : bukannya kerajaan pun, swasta gitu2 je. sebabnya, if swasta, aku pun keje lagi, bukannya aku tak keje dah. bukannya aku menganggur.

takpela, rezeki ada dimana2, tak semestinya, if aku pergi, bukan untung n rugi ke ape.. if tak pergi susah. takpe, usaha tawakal, berdoa. insyaAllah.. ada rezeki aku kali ni, dimana2. kita bukan tawu pun.ok. terserah.. maaf along pak teh, bukan sengaja nak tolak. pe2 pun..aku sudah buat keputusan.. amin!

Thursday, February 19, 2009

. : my next career : need a best desicion : .

wahhh!! tetibe je, jadi bingung sebentar, untuk bagi keputusan. aku penah submit resume aku dekat cousin aku, cousin aku fwd kan dekat bf dea. bf dea keje company kat joho. "southern waste management".
Huh.. nak di jadikan cerita.
semalam, 18.02.09 jam 6 ptg, ada 1 call dari joho. 07-366....

Gadis : Haloo Boleh, saya cakap dengan Encik Muhammed Fauzlie?
Falie : Ye..saya cakap.
Gadis : Kami dari Southern Waste Mangement. Kami ada menerima CV dari pihak encik. Kami nak adakan temujanji, bagi mengadakan temuduga, boleh?
Falie : Ye, boleh.. Bila tuh? dan kat mana ye?
Gadis : Ok. 23hb. hari isnin. Jam 10 pagi. Lokasi di pejabat kami.
Falie : Pejabat? Kat mana tu?
Gadis : Pejabat kami, kat permas jaya. Tahu?
Falie : Permas Jaya?? kat mana tu ye?
Gadis : Ok. Tahu tak Jaya Jusco Permas Jaya?? Haa. Dekat situ la.
Falie : Hahaha. Ok..Ok.. Kat negeri mane tu ye? (dia ingat aku tahu kot permas jaya tuh??)
Gadis : Dekat negeri johor. Tahu?
Falie : OO.. Johor......tahu..tahu.. hahaha
Gadis : Ok ambil alamat syarikat kami.
Falie : Ok.. Ok.. (tengah salin la ni)
Gadis : Apa-apa pun, cik telefon kami k. Jika ada sebarang masalah.
Falie : Ok. Terima kasih..
Gadis : Sama-sama.


Perhhh!! Bedenyut kepala otak aku. Tetibe je kena buat keputusan macam ni, Macam mana ni?Nak pegi ke tak? Jauh tuh. Johor.. Aku bukan ade saudara mara kat sana. Harap member2 Polymas aku la. Apa jaminan aku nak duk sana. Semuanya, kena berdikari, makan, sewa umah, minyak, rokok?? nasib baik tak hisap rokok, adeyhh.!! camne nih, takkan aku nak kecewa kan, bantuan, along tuh, busuk nama along pakteh tuh nanti, Sure tak nak tolong aku dah nanti.tapi bila pikir balik, aku bukan nya takde keje kat ipoh nih. cuma tak cukup kukuh je. Tapi apa jaminan aku nak duk kat johor.! haha. kelakar.. kelakar.. dari smelam sampai pagi ni, aku tak dapat buat keputusan lagi. Mak, tok, kak long, tok wan, semua cakap. terpulang dekat hang! hang pikiaq sendiri! haha. maseh ada masa, nak tanya kawan2 kilang pulak. Aduhai...!!!

Wednesday, February 18, 2009

. : my next career : insyaAllah : .

Sampai je ketika ini, ekonomi malaysia semakin merudum dan tanpa tanda2 peningkatan yang positif. dengan ini, secara tak langsung, ekonomi aku turut terjejas la. sekarang dah takde OT, dah takde elaun yang melebih-lebih. dulu punya la aku pulun sakan, hurm segala perancangan aku tergendala, dari kereta bawa ke rumah dan impian mendirikan rumah tangga (sape tuh?). huhu.. semuanya terhenti dengan serta merta. : )
Dengan ini aku isytiharkan, aku sudah dan mula mencari lobang2 kerja baru bagi meneruskan impian dan cita-cita aku. insyaAllah. aku dah usaha mintak kan.. tawakal dan berdoa. itu aje la, jalan yang ada, aku bukan lah anak2 datuk yang punya kabel2 besa untuk membantu kerjaya aku. kabel yang aku ada. hanyalah. ALLAH s.w.t. tempat2 yang sudah ku pohon, harap2 berjaya hendaknya: -
  1. spa (tak pernah panggil pun)
  2. instep (dah 3 x, still belum rezeki aku)
  3. malakoff berhad
  4. jimah energy ventures
  5. tnb distributions
  6. tnb janamanjung
  7. indah water konsortium
  8. misc berhad
  9. faber medi-serve
  10. telekom
  11. perbadanan putrajaya
  12. rapid kl
  13. uitm
  14. upm
  15. utp

insyaAllah, macam-macam lagi akan menyusul. aku dah cube sedaye upaye, demi masa depan aku. sampaikan, makcik pejabat pos kat ulu kinta tuh, dah kenal aku, haha.. haa..kamu lagi!?! haha. takpe, aku dah usaha. sekarang yang tinggal hanyalah, tawakal dan doa mengiringi resume dan cover letter aku. huhu.. Aminn..