Saturday, March 28, 2009

. : my next careers : interview kapar energy ventures : .


Aku bertolak dari ipoh, hari rabu 25.03.09. Aku dah beli tiket pada hari sebelumnya, dengan harga RM23. Bas SE ekspress. Boleh tahan jugak, harga nya. Nak tak nak, terpaksa la. Dah memang nak pegi kan. Aku parking motor aku dekat bas station medan gopeng nih, dengan bayaran RM2 per day. Harap2 tak hilang la, tak dirosakkan dan sebagainya. Aku malas nak menyusahkan orang2 nak tolong datang ambik ke hantar ke. Biar aku sorabg2 je yang susah. Lagipun, bukan lama pun. Semalaman je. Aku memang dah apply cuti tanpa gaji dah. Kerja pun dah takde, so, approve punya la.

Tiba je aku dekat Klang Central, aku dah mesej kama (housemate polymas aku), rumah dea area situ je. Senang la. Bila aku turun je bas, aku di tegur oleh gadis2(6 orang) dari seberang. Eh, abg pun ada kat sini? Nak pergi mana? aku cakap la, yang aku dah berhenti kerja, haha Rupenye deorang pun dah tak kerja dekat balda tuh. Deorang dah tukar ke kilang dekat Kajang. Bial kama sampai je, aku pun terus la balik rumah dea dulu, hantar beg dulu. Dah la beg nya besa je dan terus pergi makan. Aku cakap la, kat kama, bawak la aku makan dekat kedai sedap sikit. Haha,. Bila makan je, alahai. failed!! ntah macam ada yang tak kena dengan Nasi Goreng Daging Merah nya. huhu. Tak pe la, janji hilang jugak lapar nya. Perut dah kenyang, terus bergegas la pulang. Jam dah pukul 9.30 malam. Study apa pun tak lagi. Esok soalan apa yang nak keluar, dah ada. Cuma nak ingat refresh balik je.

Lepas je mandi, aku pun bukak la, modul time poly dulu dengan laporan praktikal aku tu. Soalan yang akan keluar terdiri dari topik : TEKANAN,HABA,KERJA,ELEKRIK,KIMIA,MATEMATIK.

Aduhai!!! Lama benar dah aku tinggal kan topik2 tu, dengan pengiraan nya, formula nya. Huh. Nak tak nak, kena la aku ingat balik. Demi masa depan aku yang suram ni. terpaksa la jugak. Punya la tebal jugak nota nya, kena hafal, tentang latar belakang KEV lagi, berapa penjanaan kuasa nya, siapa CEO? macam2 la jugak kan. Jam dah pukul 1.30 pagi. Mata dah ngantuk, ilmu pun dah ada di dada sedikit. Tido la. Dengan hujan mula turun dengan lebatnya. Dengan beralas kan bantal yang tak empuk langsung aku pun tido....Jam dah kunci jam 630 pagi. ZZzzzZZzzZZz

Jam 6.30.Bangun je aku pagi tu, hujan pun dah berhenti, Selesema dah mula menyelubungi hidung ku. Aduh.. macam mana nak mula nak mandi ni, nak merasa air free negeri selangor yang sejuk2 ni, rumah kampung. Air sure sejuk punya. Hurm.. mandi dah siap dengan baju kemeja kuning, bertali leher, berseluar slack hitam, berkasut kulit hitam. Perh.. dengan fail di tangan. Nota di poket. Im ready... Bismillahhirahmanirahhim. Selawat Nabi, kami pun bertolak. Jalan pun dah mula sibok, Kami terus menuju ke jalan ke KEV. Ikut pekan kapar, menuju ke jalan nak ke Kuala Selangor. Sampai je simpang dekat kampung Tok Mude. Singgah minum jap, kat simpang jalan nak masuk tu. Teruskan perjalanan, dah sampai dekat parking, nampak la EE, dak praktikal dengan aku masa dekat LPP tu, dea pun ada jugak. So, dah daftar je di pondok pengawal. terus je, masuk dalam satu bilik taklimat. Aku tengok ramai jugak, dalam bilik tu, lebih kurang, dalam 25 orang, dan mojoriti nya, muka yang bisa pernah aku lihat ketika di POLIMAS satu ketika dulu. memang ramai dak POLIMAs yang terpilih. Mungkin, bagus kot, POLIMAS nih kan. Hahah. Masuk je, kerani tu, dan agihkan borang, minta di isi, dan diumumkan. TIADA TEST. Hanya temuduga dengan 3 panel engineer je. Wah..!! Nota aku tidak berguna lagi la. Huh. semalam study bagai nak runtuh. hahah. Lega. lepas dah satu azab. Just, nak tempoh, temuduga, 100% la. InsyaAllah. do da best, among da best!

Waktu yang di nanti2, kini tiba. jam dah pukul 12.20 tgh ari. Nama aku di panggil. Assalamualaikum, aku memula kan bicara. pada 3 panel, yang terdiri dari akak yang comel, abang yang cool dan abang yang steady je. Tapi nama semua ada IR tuh. pandai2 la. Ok... Encik Fauzlie, terang kan latar belakang awak?. Bla..bla..bla (dalam BM tau). Akak tu, ada tegur aku, bisa tak cakap dengan kuat sikit, sebab awak cakap perlahan la, abang tu, cakap, aku cakap macam ustaz2. hahah. aku bukan tak cakap kuat, tapi aku takut sebenarnya, gementar lagi tu. huhuh..Ooo. Kerja di Ipoh, jadi apa? Bla..Bla..Bla...Quality Control. CMM.. Ooo. ayah kerja apa.? Tinggal dengan siapa? Hisap rokok ke tak? Awak sembahyang cukup tak? Huish.. banyak soalan yang lain dari yang lain je. Ada sijil skuter tercantik plak, dalam aku nya, dokumen sijil tu. Itu pun di tanya jugak. Tolong terang kan, apa yang awak buat di Lumut Power Plant, masa praktikal dulu. Aku pun goreng la cukup2, apa yang aku buat, service pum, bukak moto, allignment pam. cuci blade, follow mat saleh bukak turbine. lepak cooling tower. Huish.. macam2 la jugak. dah puas dia tanya. Dia just tanya aku, tak pe ke, kerja di sini, jauh, gaji macam ni, macam tu, Aku setuju je, tanpa banyak bantahan. Hurm.. itu saja yang di tanya. Aku pun berlalu la, dengan lafaz salam dan aku berjabat tangan dengan abang tu. Terima Kasih.. Huh... Lega.....!!!

Kisah ini, tak terhenti disini, kerana perjalanan aku masih jauh. Tiket nak balik ke ipoh, belum lagi beli, kau beli tiket bas, pukul 5 petang. Harap2 boleh sampai awal la, sebab aku keje malam nih. Badan aku semakin lemah, dengan hidung makin tersumbat. Aduh.. rest jap, kat umah, terlelap kejap. Dalam pukul 4 pun aku dah siap, dan terus bertolak la. Bas nama "naik selalu". Bas dari klang central, masuk shah alam, ambik penumpang, masuk pudu raya, masuk plak hentian duta. Jam dah pukul 8, bas tak masuk highway lagi. Dah laa, sejuk, badan plak tak sihat sangat. Dah berhenti di tol jalan duta, ambil barang. Dah pukul 9 malam, boleh plak, singgah makan dekat slim river, mak aii!!! memang bebulu je, lama nye. Dia ingat nak bawak rombongan cuti sekolah kot. Huh. dah laa bawak perlahan, dengan cakap telefon nya., Tak nyenyak aku tido. Ee... memang aku boikot lah, bas NAIK SELALU ni, dan aku takkan naik lagi. Hahaha. Elok tukar je nama bas. JANGAN NAIK LAGI. haha, Aku smpai ipoh jam 11 malam. Dari klang ke ipoh, jam 5 - 11. 6 jam, itulah dia, bas NAIK SELALU. haha...

the end..>~~

3 comments:

Unknown said...

dapat tk keje tu? ok tak?

Unknown said...

dapat tk keje nye tu? oktak?

Unknown said...

ok tak keje kat stu? dtpt tk ?