Sunday, March 8, 2009

. : pokok demokrasi : .







Pada 3 - 3 - 2009, pukul 9.25 pagi, apabila 27 Ahli Dewan Negeri Perak Pakatan Rakyat tiba di depan Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk menghadiri Mesyuarat Keempat, Penggal Ke - 12, Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, dengan arahan Setiausaha Kerajaan Negeri, pihak polis dan pasukan FRU telah mendirikan benteng untuk menghalang Ahli - Ahli Dewan Undangan Negeri ini untuk memasuki Dewan Mesyuarat Dewan Negeri. Bagaimanapun, walaupun Ahli - Ahli Dewan Negeri ini telah cuba sedaya upaya untuk memasuki Bangunan Perak demi melaksanakan amanah yang diwajibkan untuk rakyat, mereka tetap dihalang. Sehubungan itu, Pasukan Polis juga mengugut mengguna kekerasan serta pancutan 'water canon' ke atas Ahli - Ahli Dewan Negeri tersebut.
Pada pukul 10.00 pagi, Tuan Yang Dipetua Dewan Undangan Negeri Perak, YB V Sivakumar telah membuat pengisytiharan bahawa persidangan Dewan Negeri Perak akan diadakan dibawah pokok ini.

Persidangan Dewan yang Bersejarah dibawah pokok telah diadakan sehingga 10.35 pagi. Semua agenda mesyuarat telah disempurnakan dengan penuh istiadat dan tiga usul bersejarah telah dibahas dan diluluskan.Pokok ini telah menyaksikan sejarah pembangunan sistem Demokrasi berpalimen dalam negeri Perak Darul Ridzuan dan merupakan satu simbol perjuangan demokrasi bagi membentuk sebuah kerajaan dari Rakyat untuk Rakyat dan demi Rakyat.

MAKA demi mengenang sejarah dan sebagai satu simbol perjuangan untuk negeri Perak yang tercinta, pokok ini dinamakan POKOK DEMOKRASI dan tugu ini didirikan untuk selama - lamanya.

Hidup Rakyat !

8th March 2009

No comments: