huh.. dijangka.. ekonomi dunia sekarang ini, akan terus dan terus merudum. Secara tak langsung, ekonomi aku pun macam tu jugak la. Sebelum ni, masa ekonomi meleset, 1998, peduli apa aku, tak rasa langsung, ye la.. time tu, baru je lepas UPSR. Ape nak rasa nya, kalau ada 20sen pun, nak beli ais krim milo kat umah amar tu je. Kalau ada 50sen, nak pergi makan lalsa dengan ais kepey kat kedai cik piah. Tapi, hari ini, 2009, ekonomi merudum datang lagi, aku dah pun berumur 23 tahun, Dah mula bekerja pun. Masa mula2 kerja, hari-hari, ada OT. Pernah aku kerja, tak cuti-cuti langsung selama 3 bulan. Bila orang tanya, Hang gila ke?? Keje tak cuti2? haha. Aku jawab ape.. Takpe la.. Aku puas macam ni.. : ) Sekarang ni. Dah 3 bulan aku tak de OT. Sejak dapat bonus, bulan 11 haritu, aku dah tak punya OT. Selalu saja cuti, aku cuti. Bukan nya pergi mana-mana pun. Hanya duk kat rumah, duk terperap dalam bilik, macam anak dara pulak. Haha. Semenjak dua menjak nih, aku punya gaji, dah tak seperti biasa lagi, hanya cukup-cukup makan je, nasib baik, aku takde awek, kalau ada awek, aku rasa, awek aku dah mintak break dah, haha. sebab, tak bawak dea jalan2, tak bawak dea tengok wayang. Huhu. Tapi aku rasa, kalau ada awek, ada RM20 dalam poket pun dah rasa banyak dah. Janji dapat bersama kot. Hurm.. segala perancangan aku, dalam tahun lepas, untuk memiliki kereta, rumah dan segalanya, terbantut. Totally failed!!! hurm.. Agak nya bila la, ekonomi ni nak elok, kilang tempat aku bekerja dapat berjalan seperti dulu, Hari-hari ada OT. Bonus pun dapat banyak.. Hurm.. Sabo je la... Redho.. Bukan aku je terasa macam ni, semua orang rasa. yang lebih terasa, orang yang dah kawin la kan.. orang yang baru nak kawin?? Tak kot.. tengah seronok lagi... Heheh.. Aku masih ingat lagi pepatah yang aku masih pegang dari aku mula kerja, masa ogos 2007. iaitu :
"wang bukanlah segala-galanya, tapi, segala-galanya perlukan wang"
No comments:
Post a Comment