Sunday, August 30, 2009

. : isu arak : air syaitan : .


Penagih arak di Rusia bayar RM400 untuk dirotan

Islam kata , orang Islam yang didapati bersalah minum arak harus dirotan mengikut syariat Islam. Rotan yang tidak menyiksa tetapi untuk pengajaran.Saintis bukan Islam pula kata merotan boleh merawat mereka yang ketagihan arak.Takkan orang Islam nak belajar daripada orang bukan Islam cara-cara merotan yang boleh mengubati ketagihan arak dan dadah?

Patutlah tak selesai selesai masalah penagihan dadah di Malaysia ini, terutama di kalangan orang Melayu. Ada ubat murah iaitu rotan pergi guna methadone.

Dr Marina Chuhrova (saintis Rusia) pula menyatakan bahawa beliau mempunyai pesakit tetap seramai 10 orang yang memerlukan rawatan merotan ini.

Menurut beliau pada mulanya mereka tidak suka pada kaedah rawatan sedemikian, akan tetapi apabila mereka merasakan kebaikannya mereka mula gemar pada kaedah rawatan sebegini.

Malah para penagih-penagih dadah dan arak tadi sanggup pula untuk membayar sekitar RM 400 untuk satu sesi rawatan merotan.


___________________________________________________

comment aku


Beginilah rupa islam liberal sekarang kononnya pendokong arus pemodenan dan ketamadunan. Padahal mereka ini hanyalah lembu yang mengekor setiap langkah induk Barat mereka. Kalau Barat cakap putih, putih-hitam,hitam. Konon2nya Islam liberals ni akan jadi moden macam Barat. Yang nyata tamadun mereka sedang menuju kemunduran akibat budaya hedonisme dan liberalisasi melampau hinggakan hilang pedoman moral dan etika.

Kita selama ini telah dibohongi. Sebenarnya tamadun yg berjaya ialah tamadun yg berdisiplin dan bermoral tinggi sebagaimana tamadun Barat dahulu (pada masa yg sama tamadun Islam membudayakan hedonisme dan keduniaan sebagai cara hidup). Dan sekarang sudah terbalik.
saya pernah kata manusia lebih bijak dari Allah dan Rasulullah SAW, sebab itu ada yang marah dengan hukuman sebat pada orang minum arak.

Memang rotan adalah ubat yang paling mujarab. Kalau tidak mengapa Allah suruh rotan kanak kanak berusia sepuluh tahun yang tidak solat.

PASTI rotan itu ubat untuk menyembuhkan penyakit, termasuk penyakit ketagihan arak.

Inilah yang membimbang para pemimpin umno termasuk Tun Mahathir Mohammad yang mempertikaikan hukuman sebat keatas kartika yang dijatuhkan sebat 6 sebatan yang sama sekali bukan undang undang syariah.

Undang undang syariah bukan 6 sebatan pada orang minum arak, tetapi 40 hingga 80 sebatan.

Pemimpin UMNO takut pada rotan atau takut pada sebatan? maklumlah kebanyakan mereka merupakan penagih arak tegal.

Kata, hendak berubah. Macam mana hendak berubah jika tidak mahu berubat. Itulah ubat yang patut mereka guna.

Mereka mungkin lebih penting wang, kerana kebanyakan mereka ada saham dengan kilang arak di negara ini, sebab itu, jika dilaksanakan sebat pasti kilang kilang arak akan tutup operasinya maka habislah saham akhirat mereka.

No comments: