Monday, April 20, 2009

. : my next careers : kapar energy ventures : .

ku sangkakan panas sampai ke petang
rupanya hujan dan ribut taufan di tengah hari

Hari ini, aku fikir, aku akan mulakan satu hidup baru. Satu dimensi baru yang dicita2 kan selepas masuk ke alam pengajian tinggi. Datang dengan penuh harapan semua yang berada di belakang ku. Tak dapat aku sembunyikan lagi, kegembiraan yang terpacar dilubuk hati ku. Ntah la, sejak aku pernah berada dalam pengajian di politeknik. Ramai rakan didalm kelas aku, pasti menanam cita-cita agar berjaya. Berjaya bekerja dan berkecimpung dalam industri power plant ni. Termasuk la dengan diri ku ini. Aku dah dipanggil untuk sesi temuduga pada 26 Mac 2009. Tempoh yang begitu singkat, dari 26 Mac hingga 17April, aku telah dipanggil untuk sesi seterusnya, iaitu, sesi ujian kesihatan dan ujian kecergasan. Aku telah membuat temujanji, pada 20April adalah tarikh yang dipilih. Sesampai aku di rumah teman aku, aku langsung tidak hiraukan tentang pemasalahan2 lain. Yang hanya bermain dalam fikiran aku. Aku bakal menempuh satu alam baru. Alam kerjaya yang lebih profesional.

Sesampai aku di KEV, pada jam 8 pagi. Aku telah mendaftarkan diri di pondok pengawal dan diminta aku pergi menunggu di bahagian Lobby. Nama di panggil seorang demi seorang. Nama aku turut tersenarai. Alhamdulilah. Mungkin cepat habis ni, boleh la aku pulang ke ipoh, bagi membuat persiapan2 lain. Ujian air kencing, adalah ujian pertama bagi aku. Lulus. Kemudian, ujian seterusnya, adalah mengukur tinggi, dan menimbang berat badan. Semua nya, lulus dengan cemerlang.

Babak seterusnya, bagi, memeriksa bahagian mata. Jeng..jeng..jeng.. Ini lah yang merisaukan aku pada mulanya, sebab, power pada cermin mata aku nih semakin kurang. Aku dapat menjawab dengan baik. Seterusnya, ujian rabun warna. huh. Aku jawab...dan jawab. Tapi Uncle yang dipertanggungjawabkan, telah menegur aku, kesalahan demi kesalahan ketika menjawab nombor2 yang tertera pada kad tersebut.

Huh..kemudian aku bertemu dengan dokter dalam tu. Bagi membuat ujian tekanan darah dan jantung. Semuanya lulus. Uncle yang india tu, terus bercakap dengan dokter, dia ni, ada masalah mata ni. Color blind dia kata. Perhh.. I nak dokter REJECT kan dia.! Astaghfirullah.. Bergemuruh jantung aku. Aku rasa, sebelum ni, mata aku tak la seteruk ini. Takkan effect pada aku kerja "quality control" dekat Balda Solutions ni. Dokter siap bertanya kan aku, kamu ada lesen kereta? Aku jawab la. Ada.. Nih haa. Lesen saya.! Terus dokter tu, nasihat kan aku supaya kerja di tempat lama. Aku hanya diam aje la. Masa dokter tuh, nak tulis pada borang kesihatan tu, yang GAGAL. Aku sampai pegang tangan dokter tu, macam mana ni dokter? Saya tak tawu pun, saya punya tahap kesihatan mata saya macam ni. Sebelum ni, ok je. Sebelum ni, dalam apa bidang kerja saya pun, takde masalah. Huh..

Selepas pada babak tu, aku mula tak tenteram. Dalam fikiran melayang-layang. Aku tak dapat berfikir apa-apa lagi.Ini la, orang kata, takde rezeki. huh. Dah memang takde rezeki aku kali ni. Aku dibawa berjumpa dengan Big Boss HR. Akak yang menemuduga aku pun, berat hati nak bagi tau kat aku, keputusan pihak atasan. Tapi tak perlu di beritahu pun takpe, aku memang faham. Pasti aku gagal la.. Apa yang boleh dibuat lagi. Aku bukan nya anak staff. Aku bukannya anak Datuk2. Aku bukannya punya keistimewaan pun. Tak pe. Memang ketentuan aku, macam ni. Kecewa memang sangat kecewa. Tapi apa kan daya.

Semasa pulang, menitis air mata aku mengenangkan nasib aku, yang kusangkakan baik. Aku pandang chimney dari cermin sisi. Aduhai....sedihnya.. air mata saja lah, yang mengiringi perjalanan aku. Apa guna aku menangis lagi. Keluar air mata darah sekalipun. Aku telah gagal. Gagal memberi kegembiraan dan harapan kedua orang tua ku, kedua tok dan tokwan. Mungkin mak, abah, tok dan tokwan, yang paling kecewa dan terkilan. Aku hanya perlukan selangkah aje lagi. Aku akan dapat mengubah nasib aku, nasib keluarga aku.

Apa kan daya, satu nikmat dari ALLAH swt, iaitu peglihatan yang baik, telah ditarik. Aku tidak dipilih oleh NYA, untuk menerima nikmat penglihatan yang baik. Sekurang-kurangnya, aku dapat juga melihat. Alhamdulilah.. syukur. Mungkin rezeki aku bukan di KAPAR ENERGY VENTURES. Aku redho. Aku pasrah. :'((

2 comments:

zul said...

salam.. saya terbaca luahan hatiawakni. apa yg boleh saya katakan cuma kita kenalah redha dan anggaplah ada rahmat disebalik sesuatu yang berlaku. Sebenarnya kalau kita bekerja dalam bidang kejuruteraan memang memerlukan mata yang tidak rabun warna. Ini adalah kerana ianya akan membahayakan kita, org sekeliling dan juga harta benda syarikat itu. Kebanyakan rutin harian memerlukan kita membezakan warna yg dilihat. Maklumat akan menjadi salah jika ada antara pekerja bermasalahdgn mata. Harap anda sekarang ini sudah mempunyai kerjaya yg lebih baik..

leaflizard said...

syukran..syukran.. terima kaseh.. betull saya faham.. bila kita dah melangkah ke alam mekanikal, kita memang memerlukan, tahap penglihatan yang baik. terima ksih..alhamdulilah.. sebelum ni, memang saya masih bekerja.. tapi.. teringin nak cari yang lebih kukuh.. apa2 pun terima kseh.. banyak2.. susah2 aje..
:))