seperti yang aku janji kan, tempoh hari. aku akan ceritakan pengalaman ditipu idup2. ceh.. sampai arini aku tetap tak puas hati. ceritera ini, mulanya macam ni, pada suatau petang aku tak main bola, sebab hujan lebat. so, aku lepak la, dekat kedai depan, area depan rumah aku tu. datang la seorang pemuda kampung ni, rosli (bukan nama sebenar), telah menjemput datang ke rumah nya, ada hal sikit katanya, ada makan2 sikit. lalu kawan aku pun tanya la. haa. rosli, ada apa? kenduri apa? ada orang surau ke? dia kata, eyh..takdak la..kita2 ja. aku pun bersangka baik la. padahal ada makan. aku tak la pikir bukan2. lepas ja, rosli tu blah, aku tanya la, sorang lagi kawan aku, ada apa kat rumah rosli malam ni? dia kata ada kenduri naik buai anak dia. aku pun tak pikir yang bukan2, bersangka baek kate kan.
bila malam pun menjelang tiba, aku dah siap la, wangi2, kuar la, dalam perjalanan keluar, selisih dengan dua orang sahabat aku, terus aku follow dea je. dah nak sampai rumah rosli tuh, aku pun singgah la dekat sebelah rumah dea, aku pun tanya lagi, ada apa malam ni? sorang lagi jawap, mesyuarat belia 4D. ada makan. kami pun terus la menuju ke rumah tu, bila sampai, ada la, makan2, sosej, ayam golek, kentang goreng, bubur durian, bakso, bihun tomyam. aku pun melantak la selagi mahu. haha.
ok, bila dah kenyang tu, tiba2, ada la sorang brader nih, tiba2, cakap, terima kasih kepada semua kalian2 yang hadir, malam ni, kami bukan nak buat jualan langsung, bukan nak buat skim cepat kaya, bukan nak buat sistem piramid. ini hanya nak tolong adeq beradeq je. eee.mase bila maka aku lahirkan aku seorang abang yang dah sebaya dengan mak aku nih. haha..ceh.. apa la yang brader ni, merepek ni, lalu di capai nya 1 botol minyak, yang dapat menjimatkan pengunaan petrol pada kenderaan anda. ee. betol ke tu? kalau betol2 jimat kenapa, bukan kerajaan je, yang akan promosi kan, ok la. dia pun ceritakan la, minyak ni, di perbuat kan dari apa. cara penggunaan nya. pung..pang pung pang.. mcm2 la. minyak ini di jual dengan harga sebotol rm15, tapi dengan setiap pendaftaran menjadi ejen. anda akan dapat membeli dengan harga rm12, bila anda menjual dengan setiap botol, anda akan mendapat rm3, itu adalah keuntungan peribadi anda, tetapi!! bila anda menjual dengan lebih banyak, anda akan mendapat star *. jika anda mahu menjadi superstar ***. anda hanya perlu menjual dengan lebih banyak botol. eee. aku dah pelik dah ni, apa yang dea cuba nak ceritakan. aku pun belom pasti. dah lama dea beleter macam tu, aku pun, teros tertanya2. sampai la, terpancul dari mulut dia, jika anda nak jadi jutawan macam sepupu saya, anda hanya perlu terus menjadi ejen kepada kami. ayat ni, paling tak bole blah.. teros aku jadi meluat, apa saja pamplet yang aku pegang, teros aku buang je, letak tepi. tapi mulut terus duk kunyah kentang goreng nih. (rasuah). haha
dalam sejam la, dea beleter kat depan tu, dea cakap ayahanda dia akan sampai dari jitra, dalam perjalanan, lihat la, nanti dea datang menggunakan kenderaan apa, dea bukan orang senang2, dea macam abang tu jugak (kate dea la). dalam 15 minit lepas tuh, ada la sebuah kereta BMW 5 series pun sampai, turun nya, pakcik tu, terus ramai2, pergi salam cium tangan, assalamualaikum ayah. ee.. pelik je aku tengok, aku rase, mak bapak deorang pun, belom tnentu deorang2 ni, pi salam cium tangan ari2, kot2 tak betegur sapa pun. ntah pelik la. haa. di jemput nya kami, pegang bonet kereta nya, yang datang direct dari jitra non stop, bonet nya tak panas, oleh sebab penggunaan minyak tu. ee. boleh caye ke? dah bawak BMW, cuba ang bawak datsun mayat ke, toyota GL ke, yang body2 besi tuh, aku rasa bawak dari pekan tambun pun, yang tak sampai 5km, pun melecur dah tangan tuh. haha. dah kereta mewah, macam2 tekonologi ada. nak kencing kami lagi. woit!! ingat kami nih bangang sangat ke?? haha.. dalam kereta tu, ada sorang uncle, sorang awek, 3 orang mamat 'jutawan' la sangat. bila aku tengok gelagat deorang,. yang buat2 jutawan tu, pakai, seluar jeans levis siam jugak, pakai kasut adidas siam jugak. jutawan amende.. ntah. aku dah rasa merepek2 dah.aku pun dah kepanasan dengar benda nih.dan ini merupakan kali pertama yang tak disengaja kan, ntuk aku mengikuti 'pelaburan' mcm ni. kalo ang berterus terang dari mula..memang korang takkan nmpak batang idung aku malam tu.
hurm.!!tak sampai 15 minit dari ketibaan mereka, aku pun berlalu pergi, dengan selambe meninggal kan majlis, bukan tak berminat, tapi aku benci dan tak suka dengan manusia, yang suka menggunakan orang, demi kemewahan dunia mereka. sory la bro!! aku memang tak berminat. lantak ang la. ang nak pakai kereta kebal ke, ang nak bawak kapal terbang ke. tapi dengan cara macam nih, memang aku tak bole terima. ok. sory.!!! pergi jahanam!!
1 comment:
bagus....syabas baiya...
Post a Comment