Wednesday, April 29, 2009

. : chelsea vs barcelona : semi final 1st leg : .


How Chelsea FC Rated

4-2-3-1
Average rating: 6.1

Petr Cech
Started nervously and missed two crosses, but recovered to make several good saves from Henry, one from Xavi, a brilliant stop from Eto’o and a late block on Hleb. 7
Branislav Ivanovic
Knew he was in for a torrid evening the moment he was beaten for pace by Henry in the second minute. Caught out again on the half-hour mark. 5

Alex
Lived on the edge after a desperate lunge on Messi, but just about stayed on the right side of the law. Made amends with a great tackle on Henry. 6

John Terry
Helped to keep the marauding home side at bay with a superb rearguard effort, notable for his organisational skills as well as several last-gasp challenges.7

Jose Bosingwa
Came through a fitness test on the day to start only his second match in a month and did as well as could be expected against the best player in the world. 6
John Obi Mikel
His naivety was exposed by Xavi and Iniesta, with whom he struggled to keep pace, resorting to cynical fouls to stop them in their tracks. 5

Michael Essien
Looked ill-suited to the unfamiliar role on the right that he first filled against Juventus in February, but dug deep to get through lots of unselfish work for the team. 6

Michael Ballack
Has been recast as a defensive midfield player by Hiddink and did his work diligently, though missed a good chance when heading over the bar from a Drogba free kick. 6

Frank Lampard
Given less space than he would have liked and struggled to escape the shackles of Touré before he was replaced by Belletti with 20 minutes remaining. 6

Florent Malouda
Has hit form at the right time and could not be faulted for effort, showing a level of energy that has been absent all season and asked several questions of Alves. 7

Didier Drogba
Chasing an imaginary ball for most of the first half before missing a great chance to give Chelsea the lead. Went round Márquez again soon after but lost his footing. 6

Subs:
Juliano Belletti (for Lampard, 71min), Nicolas Anelka (for Ballack, 90).

Not used:
Hilário, Franco Di Santo, Salomon Kalou, Michael Mancienne, Miroslav Stoch.

Booked:
Alex, Ballack.

. : tujuh ayat cinta : .

Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.Bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulliah: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.Astagfirrullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.Insyaallah: jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.Lahaulawalaquataillahbillah: bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.Innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.Laailaahaillallah: bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak- banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Friday, April 24, 2009

. : kenangan abadi : .


jersi yang sangat bermakna
jersi yang sentimental bagi ku
jersi pemberian seseorang
seseorang yang semakin hari
semakin berlalu pergi
pergi menurut peredaran masa
masa yang begitu pantas
jersi yang berusia 10 tahun
10 tahun yang penuh dengan cabaran
cabaran yang penuh dugaan
aku rase
pasti si dia juga telah melupai jersi ini
biarkan je ianya berlalu
berlalu pergi di telan masa
biarkan ianya akan terus menjadi kenangan
kenangan yang tiada penamat nya

Thursday, April 23, 2009

Monday, April 20, 2009

. : my next careers : kapar energy ventures : .

ku sangkakan panas sampai ke petang
rupanya hujan dan ribut taufan di tengah hari

Hari ini, aku fikir, aku akan mulakan satu hidup baru. Satu dimensi baru yang dicita2 kan selepas masuk ke alam pengajian tinggi. Datang dengan penuh harapan semua yang berada di belakang ku. Tak dapat aku sembunyikan lagi, kegembiraan yang terpacar dilubuk hati ku. Ntah la, sejak aku pernah berada dalam pengajian di politeknik. Ramai rakan didalm kelas aku, pasti menanam cita-cita agar berjaya. Berjaya bekerja dan berkecimpung dalam industri power plant ni. Termasuk la dengan diri ku ini. Aku dah dipanggil untuk sesi temuduga pada 26 Mac 2009. Tempoh yang begitu singkat, dari 26 Mac hingga 17April, aku telah dipanggil untuk sesi seterusnya, iaitu, sesi ujian kesihatan dan ujian kecergasan. Aku telah membuat temujanji, pada 20April adalah tarikh yang dipilih. Sesampai aku di rumah teman aku, aku langsung tidak hiraukan tentang pemasalahan2 lain. Yang hanya bermain dalam fikiran aku. Aku bakal menempuh satu alam baru. Alam kerjaya yang lebih profesional.

Sesampai aku di KEV, pada jam 8 pagi. Aku telah mendaftarkan diri di pondok pengawal dan diminta aku pergi menunggu di bahagian Lobby. Nama di panggil seorang demi seorang. Nama aku turut tersenarai. Alhamdulilah. Mungkin cepat habis ni, boleh la aku pulang ke ipoh, bagi membuat persiapan2 lain. Ujian air kencing, adalah ujian pertama bagi aku. Lulus. Kemudian, ujian seterusnya, adalah mengukur tinggi, dan menimbang berat badan. Semua nya, lulus dengan cemerlang.

Babak seterusnya, bagi, memeriksa bahagian mata. Jeng..jeng..jeng.. Ini lah yang merisaukan aku pada mulanya, sebab, power pada cermin mata aku nih semakin kurang. Aku dapat menjawab dengan baik. Seterusnya, ujian rabun warna. huh. Aku jawab...dan jawab. Tapi Uncle yang dipertanggungjawabkan, telah menegur aku, kesalahan demi kesalahan ketika menjawab nombor2 yang tertera pada kad tersebut.

Huh..kemudian aku bertemu dengan dokter dalam tu. Bagi membuat ujian tekanan darah dan jantung. Semuanya lulus. Uncle yang india tu, terus bercakap dengan dokter, dia ni, ada masalah mata ni. Color blind dia kata. Perhh.. I nak dokter REJECT kan dia.! Astaghfirullah.. Bergemuruh jantung aku. Aku rasa, sebelum ni, mata aku tak la seteruk ini. Takkan effect pada aku kerja "quality control" dekat Balda Solutions ni. Dokter siap bertanya kan aku, kamu ada lesen kereta? Aku jawab la. Ada.. Nih haa. Lesen saya.! Terus dokter tu, nasihat kan aku supaya kerja di tempat lama. Aku hanya diam aje la. Masa dokter tuh, nak tulis pada borang kesihatan tu, yang GAGAL. Aku sampai pegang tangan dokter tu, macam mana ni dokter? Saya tak tawu pun, saya punya tahap kesihatan mata saya macam ni. Sebelum ni, ok je. Sebelum ni, dalam apa bidang kerja saya pun, takde masalah. Huh..

Selepas pada babak tu, aku mula tak tenteram. Dalam fikiran melayang-layang. Aku tak dapat berfikir apa-apa lagi.Ini la, orang kata, takde rezeki. huh. Dah memang takde rezeki aku kali ni. Aku dibawa berjumpa dengan Big Boss HR. Akak yang menemuduga aku pun, berat hati nak bagi tau kat aku, keputusan pihak atasan. Tapi tak perlu di beritahu pun takpe, aku memang faham. Pasti aku gagal la.. Apa yang boleh dibuat lagi. Aku bukan nya anak staff. Aku bukannya anak Datuk2. Aku bukannya punya keistimewaan pun. Tak pe. Memang ketentuan aku, macam ni. Kecewa memang sangat kecewa. Tapi apa kan daya.

Semasa pulang, menitis air mata aku mengenangkan nasib aku, yang kusangkakan baik. Aku pandang chimney dari cermin sisi. Aduhai....sedihnya.. air mata saja lah, yang mengiringi perjalanan aku. Apa guna aku menangis lagi. Keluar air mata darah sekalipun. Aku telah gagal. Gagal memberi kegembiraan dan harapan kedua orang tua ku, kedua tok dan tokwan. Mungkin mak, abah, tok dan tokwan, yang paling kecewa dan terkilan. Aku hanya perlukan selangkah aje lagi. Aku akan dapat mengubah nasib aku, nasib keluarga aku.

Apa kan daya, satu nikmat dari ALLAH swt, iaitu peglihatan yang baik, telah ditarik. Aku tidak dipilih oleh NYA, untuk menerima nikmat penglihatan yang baik. Sekurang-kurangnya, aku dapat juga melihat. Alhamdulilah.. syukur. Mungkin rezeki aku bukan di KAPAR ENERGY VENTURES. Aku redho. Aku pasrah. :'((

Saturday, April 18, 2009

. : pendaftaran sebagai pemilih : .

Aku pernah mendaftarkan nama aku sebagai pemilih atau pengundi.
Tapi, nama tak naik pun,
mungkin ada kesilapan teknikal kot.
Sebab bukannya aku sorang je,
yang daftar sebagai pemilih baru.
Mula-mulanya, rasa macam tak penting je,
tapi...lama-lama.. memang penting.
Tapi ramai anak muda melayu macam aku,
bukan tak sedar, tapi pura-pura tak sedar.
Tadi, masa aku bayar bil streamyx, aku pun tekad.
Aku pun tanya dekat makcik kerani kat pejabat pos,jln dato'onn jaafar.
Dia hanya cakap,
nama aku tiada dalam senarai,
kalau nak daftar, takde masalah, senang je.
Aku pun bagi la IC aku, untuk memudahkan kerja makcik tu.
Aku rasa tak sampai 5 minit pun. Sekejap je.
5 minit bagi masa depan negara.
Rugi? Penat? Ohh..tak mungkin..

Harap-harap, InsyaAllah. Nama aku, lekat pada pendaftaran baru ini.
Kemungkinan besar. aku akan mengundi di :

P063 - PARLIMEN TAMBUN
N24 - DUN HULU KINTA


Walaubagaimanapun, seperti semua media canangkan

"undi anda adalah rahsia"


:))