Thursday, October 15, 2009

. : Perak FA : good bye season 2009 : .

huh. last tuesday pergi stadium. Tengok last game antara perak vs johor fc. Penonton tak la ramai sangat. tapi boleh la.. nak ramai macam mana lagi. kita punya fan. bukan macam EPL nya fan. lain.. lain sgt. kita punya fan ikut mood menang (aku pun sama) hurm. tapi memang takdek rezki perak nak masuk suku akhir. Tapi still congrats, coz dak2 muda semua nya. ramai jugak, junior aku mase dlm anderson dulu. Apa-apa pun tahniah pada coach, M.karathu. fitness player memang tiptop. minit 90 pun still boleh lari dengan laju lagi. takpe la.. takdek rezki. hurm.

arapan aku. bila la. bola sepak kita nak maju dan bebas dari politik. tolong la.. bagi la peluang pada kami anak2 muda. nak maju diri dalam bola sepak. jangan la kerana duit..

Begitulah akibatnya apabila ehsan di harapkan dari keputusan pasukan lain. Keputusan seri semalam sudah cukup menggambarkan bahawa Perak memerlukan ehsan pasukan Selangor utk mengikat seri atau menang ke atas KM Naza. Satu ketika 5 minit sebelum tamat perlawanan, Perak berada di landasan yg betul utk layak selaku pasukan ke-8 terbaik ke suku akhir ketika kedudukan Selangor-KM Naza terikat 2-2. Tetapi 5 minit selepas itu, Perak mengucapkan babai kepada Piala Malaysia 2009.Aksi semalam memang dramatik sehinggakan pada minit ke-70, pasukan "Hang Kata Hang Tera" pun berada dilandasan yg tepat utk ke suku akhir setelah Perak & KM Naza ketinggalan kpd lawan masing2. Tetapi pasukan "Hang Kata Hang Tera" terpaksa mengucapkan babai lebih awal 15 minit dari Perak setelah skuad kita menyamakan kedudukan 1-1. Perak berpeluang setelah mengetahui KM Naza ketinggalan 1-2, aksi mendebarkan bila KM Naza mengikat 2-2.Tetapi 5 minit mengubah segalanya, apabila mengetahui KM Naza leading 3-2. Kita semua tahu tiada jalan lain utk mara melainkan Perak perlu menang & layak, kedudukan seri & kalah menyingkirkan kita. Apakan daya masa terlalu singkat buat Perak mencari gol & terpaksa mengakhiri musim 2009 dgn keputusan seri. Akibatnya KM Naza pula layak ke suku akhir hasil ehsan Johor FC mengikat Perak 1-1.Sebenarnya tidak perlu menyalahkan pasukan lain atas ketidaklayakan kita ke suku akhir, seperti yg dikatakan nasib Perak layak adalah dtg dari diri pasukan sendiri. Menang, kita layak, itu sahaja... Peluang kita tidaklah sesukar Kedah yg memerlukan menang & ehsan. Perak hanya perlu menang sahaja tanpa perlukan ehsan.Lihat pasukan Perlis, sebenarnya situasi mereka seperti kita. Tetapi mereka memanfaat peluang dgn mengecewakan KL Plus. Perlis sebenarnya dalam situasi tersingkir jika mereka kalah semalam. Namun, mereka tidak mengambil risiko.. Menang & layak itu jalan terbaik ke suku akhir.Berbalik kepada Perak, pencapaian kita di Piala Malaysia tidaklah mengecewakan. Jika dilihat pada prestasi kita menentang MyTeam & JFC, prestasi kita meningkat berbanding Liga Super. Kejayaan memunggut 10 dari 12 mata penuh ke atas 2 pasukan itu amat menakjubkan. Kita jangka kita akan tewas salah satu game ke atas 2 pasukan itu berdasarkan pencapaian Liga Super. tetapi prestasi kita cemerlang ke atas 2 pasukan itu. Namun sebenarnya kita mensia-siakan 5 mata lagi apabila bertemu pasukan yg sepatutnya dianggap terlemah, K.Lumpur. hanya 1 mata sahaja kita dapat curi dari pasukan ini. Inilah punca utama kegagalan kita utk layak ke suku akhir. Mata kita banyak dibazirkan ke atas pasukan warga kota ini.Apapun musim 2009 sudah tutup bagi Perak. di harap musim 2010, Perak lebih menyerlah. kekalkan barisan sedia ada disamping membawa 2-3 org pemain pengalaman di bahagian midfield & defend. Awok hanya berharap Razali Umar Kandasamy kekal di Perak. Perak mempunyai cukup ramuan utk berjaya pada 2010 jika pemain2 ini kekal. Seperti dijanjikan yang pasti Karathu akan mengundurkan diri berdasarkan keputusan Majlis PAFA meletakkan KPI nya di suku akhir Piala Malaysia.Dgn bajet yg ciput & hutang sediaada, awok ghase tidak lain & tidak bukan yg akan mengambil tugas Karathu rasenyer adalah pembantunya Raja Azlan. Semoga musim 2010 akan lebih gemilang buat Perak.

No comments: