Friday, September 4, 2009

. : chelsea fc dilarang beli pemain : .


ZURICH - Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) melarang Chelsea daripada membeli mana- mana pemain tahun depan kerana memujuk seorang pemain Perancis melanggar kontraknya.
FIFA menegaskan, Chelsea tidak boleh mendaftar pemain baru dari England atau luar negara sepanjang dua musim perpindahan iaitu pada Januari 2010 dan hujung musim ini.

Badan Perbicaraan Penyelesaian Masalah FIFA (DRC) membuat keputusan tersebut selepas Lens melaporkan bahawa Chelsea telah memujuk penyerang remaja mereka, Gael Kakuta (gambar) melanggar kontrak perjanjiannya dengan kelab Perancis itu dan berpindah ke London pada 2008.

"DRC mendapati pemain itu telah melanggar kontrak yang ditandata- nganinya bersama kelab Perancis itu," kata satu kenyataan FIFA.

"Malah, DRC juga mendapat bukti yang kelab England itu telah memu- juk pemain tersebut untuk melanggar perjanjian. Dengan ini, Chelsea dilarang daripada mendaftar mana- mana pemain baru bagi dua musim pendaftaran berturut-turut."

FIFA turut menggantung Kakuta, 18, daripada bermain sebarang perlawanan di seluruh dunia selama empat bulan. - AP


________________________________________________



perhhh!!...sempoi gila hukuman nih, aduhai.. x bepeluang la, nak tengok player2 baru menyertai chelsea.. eee. x kan x bole nak rayu2 kot.. ish.. berat gile hukuman nya.

No comments: