Monday, September 28, 2009

. : Cara Tolak Cinta Sahabat Baik : .

Pelik tapi benar! Anda bersahabat baik dengan seseorang tetapi secara tiba-tiba dia menyatakan rasa cintanya kepada anda. Sudah pasti anda akan berasa terkejut dan sukar untuk menerima hakikat tersebut.

Malah lebih teruk, terdapat segelintir individu yang menjauhkan diri daripada individu tersebut sedangkan mereka berdua merupakan sahabat baik selama ini.

Jika anda mengalami situasi yang sama, di sini diperturunkan tip untuk menolak cinta sahabat baik anda tetapi dalam masa yang sama perhubungan persahabatan yang terjalin tidak putus.

1. Berterus terang kepadanya bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya kerana kamu menganggap dia adalah sahabat karib dunia dan akhirat. Pasti dia akan memahaminya dan menghargai sikap berterus terang anda itu. Apatah lagi jika anda menunjukkan keseriusan.

2. Menyatakan kepadanya sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mungkin boleh mengikut kehendak, arahan dan permintaannya sepertimana anda bersahabat dengannya. Ini kerana hubungan di antara kekasih dan seorang sahabat sangat berbeza ertinya.

3. Kamu dan dia tidak sesuai kerana masing-masing menunjukkan sikap 'ganas' apabila bersama. Sebagai kekasih sepatutnya perhubungan perlu disulam dengan rasa tanggungjawab dan tolak ansur.

4. Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerana ketika bersahabat pun anda tidak peduli dengan kehadirannya.

5. Menerangkan kepadanya bahawa masih ramai lagi gadis atau jejaka yang jauh lebih hebat di luar sana yang mempunyai ciri-ciri pasangan yang diidamkan olehnya. Tunjukkan kepadanya bahawa anda tidak mempunyai kualiti seorang kekasih yang baik.

6. Cuba mengelakkan diri kamu daripada bertembung dengannya di tempat kerja, sekolah atau di tempat yang anda dan rakan-rakan lain selalu berkumpul. Sikap sebegitu memberikan petanda kepadanya bahawa anda tidak selesa dengan situasi yang sedang anda alami.

7. Jelaskan padanya anda lebih sayangkan ikatan persahabatan anda daripada menjadi seorang kekasih yang perlu ada komitmen dan bersifat setia. Katakan juga anda masih terlalu muda untuk memikirkan tentang cinta. Oleh sebab itu anda lebih tertarik dengannya sebagai seorang sahabat.

8. Jelaskan padanya bahawa anda lebih mesra dan selesa sekiranya tetap terus berkawan kerana sudah mengetahui sikap masing-masing. Anda tidak selesa untuk berpura-pura serta belum bersedia untuk mengubah status sahabat menjadi kekasih.

9. Nyatakan bahawa anda sudah ada calon kekasih yang lain. Namun anda harus bersedia untuk kehilangan seoarang rakan kerana dia malu dengan penolakan terhadap dirinya. Kalau boleh lakukannya secara baik dan jika anda tidak berupaya untuk melakukannya, minta bantuan orang tengah yang rapat dengannya dan tahu tentang status perhubungan antara anda dan si dia.

10. Bertegas dengan pendirian anda yang memang tidak boleh menerimanya menjadi kekasih walau apapun yang terjadi. Ketegasan anda pasti akan memberikan impak padanya dan diharapkan dia akan memberikan respon seperti mana yang anda harapkan.

Thursday, September 24, 2009

. : aidilfitri : 1430h bersamaan dengan 2009m : .


tarikh : 20 september 2009m / 1 syawal 1430h


lokasi : rumah tok , ipoh


tema : biru blue biru




























. : song of the day : raihan & hujan : salam aidilfitri ayahanda & bonda : .

haa... lagu raya untuk taun ni, huhu.. indie nye genre.. kan sedap.. boleh lawan dengan yang dulu2 nye. kalo yang sekarang nye lagu.. asyik nyanyi kn semula je. x bez la.. huhu..

k jom lyn.. selamat ari raye,,,~

Friday, September 18, 2009

. : salam eidul fitri : 1 syawal 1430h : .


salam eidul fitri buat semua yang mengenali, yang sentiasa mengunjungi blog ana, sanak saudara, rakan taulan, sahabat handai, awek makwe, dan seluruh.. muslimin dan muslimat. dihari yang mulia ini, ana ingin menyusun 10 jari memohon maaf jika ada tersalah dan silap. Andai ada yang terasa di hati, harap di maafkan. Raya aku tahun ni, ana dan keluarga, memilih tema ' biru ' huhu.. so.. biru itu kan keamanan.. huhu.. cadang nya, ana beraya di ipoh dulu, petang raya tu, baru bertolak ke penang. Andai ada yang mengenali, jemput la datang ke rumah.. Seperti biasa, takde open house, gate aje yang open. mai.. mai.. jangan tak mai. mai pekena laksa. huhu.. ok.. ana ngundur diri dulu. nak kemas2 umah.. haha.. cukup kan syarat. k wasalam.. salam eidul fitri.. :))

. : selamat hari malaysia : .




16 september 2009




Rumi

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta



Jawi

نڬاراكو
تانه تومڤهڽ دارهكو
رعيت هيدوڤ
برساتو دان ماجو

رحمة بهاڬيا
توهن كورنياكن
راج كيت
سلامت برتختا

رحمة بهاڬيا
توهن كورنياكن
راج كيت
سلامت برتختا

Sunday, September 13, 2009

. : chelsea vs stoke city : lagi lagi menang : .

huish.. dah la takde live.. aku ingat kan dah draw dah.. ee.., last2 goal jugak.. huhu.. bez..bez.. still 100% record.. huhu. next week cabaran besar sket. huhu. totenham. warh.,.. game di mlm raye.. huhu.. layan... heheh

Friday, September 4, 2009

. : chelsea fc dilarang beli pemain : .


ZURICH - Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) melarang Chelsea daripada membeli mana- mana pemain tahun depan kerana memujuk seorang pemain Perancis melanggar kontraknya.
FIFA menegaskan, Chelsea tidak boleh mendaftar pemain baru dari England atau luar negara sepanjang dua musim perpindahan iaitu pada Januari 2010 dan hujung musim ini.

Badan Perbicaraan Penyelesaian Masalah FIFA (DRC) membuat keputusan tersebut selepas Lens melaporkan bahawa Chelsea telah memujuk penyerang remaja mereka, Gael Kakuta (gambar) melanggar kontrak perjanjiannya dengan kelab Perancis itu dan berpindah ke London pada 2008.

"DRC mendapati pemain itu telah melanggar kontrak yang ditandata- nganinya bersama kelab Perancis itu," kata satu kenyataan FIFA.

"Malah, DRC juga mendapat bukti yang kelab England itu telah memu- juk pemain tersebut untuk melanggar perjanjian. Dengan ini, Chelsea dilarang daripada mendaftar mana- mana pemain baru bagi dua musim pendaftaran berturut-turut."

FIFA turut menggantung Kakuta, 18, daripada bermain sebarang perlawanan di seluruh dunia selama empat bulan. - AP


________________________________________________



perhhh!!...sempoi gila hukuman nih, aduhai.. x bepeluang la, nak tengok player2 baru menyertai chelsea.. eee. x kan x bole nak rayu2 kot.. ish.. berat gile hukuman nya.

. : aku sebagai pemilih : .


alhamdulilah.. setelah sekian lama, tadi aku saja gatal2 tangan, teringin nak semak, sama ada aku dh betul2 daftar ke, sebab sebelum ni, aku dah daftar, tapi still tak naik lagi nama sebagi pemilih yang berdaftar. haa.. ni aku daftar bulan 4, dekat pejabat pos sekali lagi. tengok2 daha da.. so, dalam PRU yang akan datang.. aku adalah rakyat malaysia yang sudah berdaftar wajib mengundi. bagaimana dengan anda?? tak rasa ka satu undi anda bermaksud suara anda.. takkan nak undi AF, mentor, OIAM, gangstar, ada kesedaran plak..

huhu.. mari la.. mari.. mari mengundi..! huhu

syhhh.....!! diam..diam.. undi adalah rahsia... :p

Thursday, September 3, 2009

. : pantun raya : .

haa. jawab jangan tak jawab.. huhu

Kelantan...

Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...

Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...

Sempadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin


Johor...


Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie


Melaka...


Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok


N. Sembilan...

Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)


Selangor/K.Lumpur...

Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu


Perak...

Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai


Kedah...

Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau


Penang...

Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq


Perlis...

Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Wednesday, September 2, 2009

. : my nokia : Troubleshooting Nokia N73 Format! : .

Nokia N73 is one of the Nokia’s top selling phone around the World!

This Post tells How you can format Nokia N73 / Nokia N73 Music Edition? This Post also includes a clearance when you are performing Hard Reset / Hard Format on your Nokia N73 Phone!

Soft Reset / Soft Format for Nokia N73 / N73 Music Edition

If you prefer Soft Reset for your Nokia N73 Phone than just press *#7370# or *#7780# while the Phone is ON. The Phone will ask you for Security Code which is 12345 by default.

Note: This method will only reset your Phone Settings to Factory Defaults and will not format Phone Memory or Memory Card. It’s recommended that you format your Memory Card Manually ( Tools>> Memory>> Options>> Format mem. card) before going for Soft Reset, if necessary.

Hard Reset / Hard Format for Nokia N73 / N73 Music Edition

Switch off your Nokia N73 Phone and then press * + 3 + Call Button (Green Button) Combinedly. Now keeping all the three button pressed Switch ON your Phone.




This method will do Hard Reset of your Nokia N73 Phone. Your Phone Memory will be reset to Factory Default Value (meant for Symbian Operating System) and Memory Card will be formatted (if not formatted earlier). Also each and every Settings will revert back to Factory Defaults.

Clearance: As soon as the Phone switches ON while the 3 Button are pressed combinedly, it MAY NOT Show any formatting Process on the Screen, rather it will Hard Format the Phone during startup and will directly asks you to Select your Country and then Date & Time. Be assured your Phone has undergone Hard Reset Process.

Hope this Helps many N73 Users!

Tuesday, September 1, 2009

. : perbezaan RON : harga minyak naik : terima kasih !!! : .

RON merupakan ringkasan dari RESEARCH OCTANE NUMBER. Octane number ini ialah ketahanan minyak tersebut sebelum ia meletup atau dengan kata lain dinyalakan.

RON97 bermakna minyak ini lebih tinggi ketahanannya berbanding dengan RON95 atau RON92.

RON yang tinggi dicipta untuk mengelakan berlakunya nyalaan pramatang dan pada asalnya diciptakan untuk kereta yang berkuasa tinggi seperti kereta-kereta lumba dan sport.

Jadi, tidak bermakna menggunakan RON95 tidak bagus untuk kereta anda. Anda boleh periksa balik minimum RON yang diperlukan untuk kereta anda.

Anda boleh cek sama ada model kereta anda sesuai atau tidak dengan RON95 dalam jadual dibawah :