Tuesday, May 26, 2009

. : PAS : Pilihan Raya 2004 dan 2008: Satu Perbandingan? : .

Tulisan hari ni ingin membandingkan kaedah dan cara yang telah diambil oleh PAS di dalam menghadapi kedua-dua PRU 2004 dan 2008. Barang diingat bahawa polisi dan keterampilan parti pada 2004 dan 2008 dipacu oleh dua golongan yang berbeza.

Tapi sebelum itu marilah kita bandingkan keputusan 2004 dan 2008:

2004 :
a. PAS hilang Terengganu dengan hanya mendapat 5 kerusi DUN.
b. PAS hilang semua kerusi di Selangor, Perak dan Pahang
c. PAS gagal mempertahankan kerusi 1/3 di Kedah sekaligus gagal menawan Kedah
d. PAS hampir-hampir hilang Kelantan

2008 :
a. PAS mendapat 3 kerusi Menteri Besar
b. Memenangi 27 kerusi Parlimen
c. Mempertahankan Kelantan dengan jayanya
d. Menawan Kedah buat pertama kali dalam sejarah PAS
e. Memenangi kerusi di Perak, Penang, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor
f. Mencipta sejarah dengan memenangi kerusi DUN di Negeri Sembilan dan Johor


Perbezaan Keadah dan Penampilan

Artikel ini ingin membezakan keadah dan penampilan yang digunakan oleh PAS bagi menghadapi kedua-dua PRU ini.

Pada PRU 2004, penampilan atau agenda yang dikehadapankan adalah:
a. Dokumen Negara Islam–Hasil usaha dari Dewan Ulama PAS yang dipimpin oleh Ustaz Harun Din
b. Perlaksanaan Enakmen Syariah di Terengganu
c. Kerajaan Terengganu sebagai model kerajaan PAS


Kita lihat sewaktu menghadapi PRU2004, inilah gagasan atau program yang dikehadapankan oleh PAS kepada rakyat Malaysia. Hampir tiada usaha bersama antara Barisan Alternatif dan mana-mana parti lain.
“Approach” yang digunakan adalah mengedepankan Islam secara “legal” sahaja. Tiada tawaran lain kepada rakyat Malaysia.

Pada PRU 2008, PAS, melalui kumpulan “Erdogan” telah mengambil uslub lain.
Yakni mengenegahkan program seperti:
a. Negara Berkebajikan – sebagai ganti kepada Negara Islam
b. Slogan “PAS For All” yang menghilangkan ketakutan rakyat kepada PAS
c. Mengadakan hubungan dengan HINDRAF di mana telah diterjemah kepada undi kaum India kepada PAS dalam kuantiti yang amat besar.
d. Takaful Kafaalah – Berjaya melemahkan UMNO di kalangan Saluran 1 dan 2 di Kelantan menyebabkan PAS mengekalkan kerajaan Kelantan dengan jayanya.


Inilah Petanda Kumpulan Erdogan vs Fraksi UMNO
Inilah petanda perbezaan arah tuju kumpulan “Erdogan” vs Kumpulan “Fraksi UMNO”. Kemenangan 2008 bukanlah hasil usaha serta program dan idea yang datang dari kumpulan Fraksi UMNO.


Fraksi UMNO lebih suka program yang “syok sendiri”. Misalnya, Dokumen Negara Islam hanya mengulangi perkara sama yang pernah disebut dahulu. Ianya tidak menjawab apa-apa persoalan yang kerap ditimbulkan oleh banyak pihak zaman ini. TIdak hairanlah “Dokumen Negara Islam” telah menjadi alat untuk memenangkan UMNO dan BN semasa 2004 dahulu.
Manakala, kumpulan “Erdogan” pula lebih bertumpu kepada program atau gagasan yang mampu difahami serta dihadam dan diterima oleh rakyat Malaysia tanpa mengorbankan prinsip Islam.


Hasilnya, kita lihat tahun 2008 PAS menang dengan gemilang sekali. Malahan, kemenangan PAS tahun 2008 adalah kemenangan yang tidak pernah dicapai oleh PAS dalam sejarah PAS sendiri.
Malahan kita melihat, setelah mencapai kemenangan, kumpulan Fraksi UMNO sedang cuba untuk merampas kuasa dalam kepimpinan PAS. Mereka bertanggungjawab di atas kekalahan PAS 2004. Namun setelah kemenangan 2008, mereka mahu merampas kuasa pula. Ini cukup tidak bertanggungjawab.


Dengan kata lain, para perwakilan harus memilih. Adakah mereka mahu memilih kepimpinan yang syok sendiri dan tidak berpijak di bumi nyata ataupun mereka mahu memilih kepimpinan yang mendatangkan kemenangan dan hasil yang besar kepada PAS?
takbeer!!!

No comments: