Sunday, February 12, 2012

. : blog?masih wujud? ooh tidakk~!! : .

assalamualaikum..
wah.. blog?masih wujud?
ohh no.. ada orang marah la..
tak update2.. huhu..
memang dah tak de masa nak hadap.
adoi...
camne ni.. takkan nak buat *copy paste* then update.. mane kelassss! huhu

Thursday, January 20, 2011

. : Blackberry Curve 3G 9300 : .



My New Hot Stuff :p
Blackberry Curve 3G 9300

Please add me at BBM
My Pin : 22EA594E

or

Scan My Barcode :



Tuesday, January 18, 2011

. : happy birthday mummy : .




18 January 1961
Selamat Hari Lahir Mak yang ke 50.

Semoga Panjang Umur.
Semoga Murah Rezki.
Semoga Sihat Senantiasa.
Semoga tercapai hasrat mak, nak ke MEKAH with your hubby.
Semoga tercapai impian mak, nak tengok adik bersanding berbaju biru.
Semoga tercapai impian mak, nak dukung cucu perempuan dari anak2 mak.

Mak, tetap cantik di mata adik.
Mak, tetap sempurna di mata adik.
Mak, tetap istimewa di hati adik.
Mak, tetap terbaik di hati adik.

Adik doakan kesejahteraan mak dunia dan akhirat.
Adik sayang mak.
Adik rindu mak selalu.

:'(

Tuesday, January 11, 2011

. : good bye 2010m : hello 2011m : .

berlalu sudah 365 hari di tahun 2010m.
macam2 suka dan duka pada tahun 2010m.
aku senaraikan antara suka dan duka pada tahun 2010m

SUKA
1. Karier aku bertambah baik.

DUKA
2. Pergi nya seorang hero aku, Allahyarham TokWan tersayang. 18hb March 2010m

Pada 2010m, aku rasa aku bertambah rasa tanggungjawab kepada ahli keluarga aku,
pada agama ku, pada kerjaya aku. Masih tiada teman untuk di sayangi, di rindui, di sms, di mms, di video call. haha. Bagi aku, tu semua belum penting lagi. Aku harus memperkemaskan diri aku dahulu, sebelum aku nak memiliki semua itu. aku tidak suka kepada komitmen. aku tidak suka pada janji2 palsu.

harapan 2011m
1. Memiliki sebuah kenderaan yang berbumbung yang nama diatas geran adalah MUHAMMED FAUZLIE BIN RAMLI
2. Kumpul duit banyak2.
3. Solat tak tinggal. Rajin pergi surau.
4. Nak bawak mak, tok.. pergi vacation percutian di mana2 pulau. (hopefully Pulau Perhentian)
5. Rajin kerja, komitmen yang tinggi.
6. Improve my english dengan mendaftar dan menghadiri kelas bahasa inggeris.
7. Kempis kan perut yang agak memboroi. :p
8. Continue degree (impossible)

InsyaAllah. Usaha Eskelator Kejayaan.

Sunday, September 26, 2010

. : suzuki VS125 : for sale : .

please click on this link : -

http://www.mudah.my/Suzuki+VS125+modified-7229650.htm

Saturday, September 4, 2010

. : selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak : .

assalamulaikum.. huh sedar tak sedar, kita dah melangkah pada bulan ramadhan.. bulan yang di buka rahmat pada kita semua sekalian manusia. bulan pengampunan.. bulan di tutup pintu neraka.. huh.. tahun ni, kali ni, kalau bersahur ke berbuka ke, yang pasti, hanya aku berdua dengan tok je la, jika tahun lepas, tahun sebelum ni, yang pasti adalah bertiga. tapi, apa kan daya, Allah lebih sayang kan tok wan. jasadnya telah di semadikan. pasti terasa.. pasti terasa ketiadaan tok wan. wlalupun dia tak banyak cakap. tapi, kalau dia ada.. penuh la jugak rasanya.. kalau dia ada, pasti, dia tak lepas pi teraweh.. huh.. ntah la.. pada malam pertama aku pergi teraweh, haji osman, ada la berucap dekat depan semua makmum batu5, dia berpesan la.. kita usaha lebih la.. rugi la.. di bulan ramadhan macam ni, kita lepaskan peluang2 untuk beribadat.. sebab kita belum tentu akan ada lagi.. macam sahabat kita. jemaah kita, tok bakar.. yang telah pulang kerahmatullah.. huh.. sebak ati aku masa dengar nama tok wan di sebut dekat semua makmum.. masa nak abis, lepas je witir.. selawat ramai2.. aku sebak..sangat.. mengalir air mata aku, aku pandang tempat yang selalu tok wan duk.. aku dapat rasa.. macam dia ada kt situ, dengan baju kelabu nya.. huh.... tak tahan la.. masa dah pulang, maksu pun pergi jugak teraweh, dea cakap. dea pun sebak jugak.. dekat bawah, jemaaah muslimat.. huh.. sedih la.. xpe la.. ape bole buat, hidup mesti d teruskan.. semoga roh tok wan selamat dan aman di sana. Al-fatihah..:((
huh.. persiapan raya tahun ni, tok ada semangat sikit, nak buat kuih2.. tak nak beli katanya.,. mahal.. haa.. kebtulan pulak, aku menang oven masa cabutan bertuah dekat dinner MEMC.. wah..wah.. semangat lagi la.. huhu.. aduh.. tinggal 2 minggu je ni, baju raya tak beli lagi.. tapi takpa.. baju mak dah ada.. aku dah pesan kat along, aku belanja mak tudung ariani.. hehehe.. amin.. semoga berjumpa lagi.wassalam..

Wednesday, July 28, 2010

. : bungkus ke paket : .

assalamualaikum.
ladies n gentleman, superman n spiderman, tuan-tuan n puan-puan, datuk-datuk dan nenek-nenek.. haa.. aku ada kemusykilan la.. haa.. ni sapa yang dapat bahasa melayu A1 dlm spm, sila jawab. hahaha. nih bukan kesilapan orang lain. tapi tabiat orang kita.. ala, yang kita duk sebut hari2 tu.. heheh. ini disedari oleh aku, ketika, aku duk tunggu beli burger kat kedai depan tu.. ok.. mcm ni ceritera nya : -

Ahmad(bukan nama sebenar) datang nak beli air..Then dia cakap,

Ahmad : Kak..kak.. bagi air tembikai kak. satu!! BUNGKUS k..

Kak : Ok jap ye dik...
haa.. masa dia order air ni, aku pun terpikir..macam mana dia nak bungkus air tu? dia bungkus dengan paper n daun pisang ke? haha.. dia buat macam nasi lemak ka.. bukan ke.. kita kena sebut macam ni ke??

Ahmad : Kak..kak.. bagi air tembikai kak. satu!! PAKET k..

Kak : Ok jap ye dik...

hahaha. kan baru betoi.. huhu tapi kan.. bila pikir balik.. bukan setakat dia je, aku pun macam tuh jugak.. huhuhu aku rasa kena bagitau A. Samad Said. huhuh.. tak pun repot je kat dewan bahasa dan pustaka.. huhuhu lawak..lawak..

:p

peace.
much love and respecT