Sunday, September 26, 2010

. : suzuki VS125 : for sale : .

please click on this link : -

http://www.mudah.my/Suzuki+VS125+modified-7229650.htm

Saturday, September 4, 2010

. : selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak : .

assalamulaikum.. huh sedar tak sedar, kita dah melangkah pada bulan ramadhan.. bulan yang di buka rahmat pada kita semua sekalian manusia. bulan pengampunan.. bulan di tutup pintu neraka.. huh.. tahun ni, kali ni, kalau bersahur ke berbuka ke, yang pasti, hanya aku berdua dengan tok je la, jika tahun lepas, tahun sebelum ni, yang pasti adalah bertiga. tapi, apa kan daya, Allah lebih sayang kan tok wan. jasadnya telah di semadikan. pasti terasa.. pasti terasa ketiadaan tok wan. wlalupun dia tak banyak cakap. tapi, kalau dia ada.. penuh la jugak rasanya.. kalau dia ada, pasti, dia tak lepas pi teraweh.. huh.. ntah la.. pada malam pertama aku pergi teraweh, haji osman, ada la berucap dekat depan semua makmum batu5, dia berpesan la.. kita usaha lebih la.. rugi la.. di bulan ramadhan macam ni, kita lepaskan peluang2 untuk beribadat.. sebab kita belum tentu akan ada lagi.. macam sahabat kita. jemaah kita, tok bakar.. yang telah pulang kerahmatullah.. huh.. sebak ati aku masa dengar nama tok wan di sebut dekat semua makmum.. masa nak abis, lepas je witir.. selawat ramai2.. aku sebak..sangat.. mengalir air mata aku, aku pandang tempat yang selalu tok wan duk.. aku dapat rasa.. macam dia ada kt situ, dengan baju kelabu nya.. huh.... tak tahan la.. masa dah pulang, maksu pun pergi jugak teraweh, dea cakap. dea pun sebak jugak.. dekat bawah, jemaaah muslimat.. huh.. sedih la.. xpe la.. ape bole buat, hidup mesti d teruskan.. semoga roh tok wan selamat dan aman di sana. Al-fatihah..:((
huh.. persiapan raya tahun ni, tok ada semangat sikit, nak buat kuih2.. tak nak beli katanya.,. mahal.. haa.. kebtulan pulak, aku menang oven masa cabutan bertuah dekat dinner MEMC.. wah..wah.. semangat lagi la.. huhu.. aduh.. tinggal 2 minggu je ni, baju raya tak beli lagi.. tapi takpa.. baju mak dah ada.. aku dah pesan kat along, aku belanja mak tudung ariani.. hehehe.. amin.. semoga berjumpa lagi.wassalam..

Wednesday, July 28, 2010

. : bungkus ke paket : .

assalamualaikum.
ladies n gentleman, superman n spiderman, tuan-tuan n puan-puan, datuk-datuk dan nenek-nenek.. haa.. aku ada kemusykilan la.. haa.. ni sapa yang dapat bahasa melayu A1 dlm spm, sila jawab. hahaha. nih bukan kesilapan orang lain. tapi tabiat orang kita.. ala, yang kita duk sebut hari2 tu.. heheh. ini disedari oleh aku, ketika, aku duk tunggu beli burger kat kedai depan tu.. ok.. mcm ni ceritera nya : -

Ahmad(bukan nama sebenar) datang nak beli air..Then dia cakap,

Ahmad : Kak..kak.. bagi air tembikai kak. satu!! BUNGKUS k..

Kak : Ok jap ye dik...
haa.. masa dia order air ni, aku pun terpikir..macam mana dia nak bungkus air tu? dia bungkus dengan paper n daun pisang ke? haha.. dia buat macam nasi lemak ka.. bukan ke.. kita kena sebut macam ni ke??

Ahmad : Kak..kak.. bagi air tembikai kak. satu!! PAKET k..

Kak : Ok jap ye dik...

hahaha. kan baru betoi.. huhu tapi kan.. bila pikir balik.. bukan setakat dia je, aku pun macam tuh jugak.. huhuhu aku rasa kena bagitau A. Samad Said. huhuh.. tak pun repot je kat dewan bahasa dan pustaka.. huhuhu lawak..lawak..

:p

peace.
much love and respecT

Friday, July 23, 2010

. : berubah demi masa depan : .

Assalamualaikum,

Alhamdulilah. hari ni dah cukup 15 hari aku bekerja, di tempat baru. tak termasuk dengan cuti. Alhamdulilah.. aku amat selesa dengan tugas aku, superior aku, orang2 disekeliling aku, pemakanan aku, jarak aku berulang alik dari rumah. segalanya amat selesa la. puas hati. tak menyesal aku tukar tempat aku bekerja. buat masa ni, aku masih lagi jalan shift normal(boring) hehe. masuk pagi jam 8 balik jam 5.30. Malam je, dah tido awal jugak la. kadang2 aku melayari facebook dulu.. chatting ke dengan teman baik ke.. malam je, jarang keluar.sebab aku tak suka pergi kerja, kalau tak cukup rehat. nanti ngantuk la, aku pening, tambah2 ni dah keje nya ngadap komputer je.. huhu.. pagi je, dah memang set jam 6.30 pagi, bangun mandi air panas (sejuk air kolah) haha. solat subuh dulu, pagi2 aku tak boleh makan yang berat2, just minum je, sincedari sekolah dulu, perut aku memang jenis tak boleh makan pagi, nanti...haha.. kebabaoom.. hehe. pagi je jalan jem.. aduh.. kena bawa dengan hati2, dan mata kena cekap jugak, sebab aku tak suka perempuan yang bawa motor. sebab terhegeh2..macam penagih.. haha.. tapi. yang bawak kereta..dengan spek besa.. ha...cun la tuh kot.. dah plak nak langgar aku.... main korner je, bila sampai simpang, nasib aku pun bawak pelan.. haha.. sampai ke rumput aku punya nak ngelak akak tu, dia pun dengan muka pucat.. mintak maaf dik.. mintak maaf dik... akak tak perasan.. aku just senyum je.. tapi dalamhati ni, dia yang tak tengok langsung.. main corner je... cakap tak perasan.. dah la.. dah faham sangat dah. lantak kan laa.. sok2 nanti bini aku, pompuan jugak.. hahaha.. xkan nk kawen dengan laki kot. ekekeke.. huu.. tak pe la.. haa.. tugas aku di tempat kerja, more to audit. more to document. more to create a report. huh.. kat tempat baru ni, memang totally communication dalam english.. huh.. so kena la, sesuai kan plak.. huhu tau2 la kita ni, heheh.. mulut bau belacan, nak toking2 london.. heheh. tp ok je. janji apa yang aku cakap, dapat sampai, apa yang orang cakap, aku faham.. huhu.. rakan-rakan plak, macam2 hal.. banyak yang fresh graduate, tapi sembang macam2 tau.. ada plak, yang diam2 je, yang otai2 lama tempat tu, sume sempoi2.. educated.. tak kedekut ilmu, tak kedekut senyuman.. saya rasa amat selesa la.. hehe. dalam minggu yang ketiga ni,aku dah mula buat OT, stayback sampai jam 8.30. jadi la.. kena support engineer tu, sebab ada audit dari customer next week. ok la.. aku pun memang la suka buat OT. balik rumah awal pun, bukan ada bini. yang penting hujung bulan, masyuk....sanggup aku cancel anything program.. demi nak datang kerja. huhu.. nasib takde awek lagi sekarang. harap2 la, bila dapat special gf nanti, harap dia faham la, tentang kerjadan karier aku, jangan plak, merajuk emanjang, sebab cancel dating. hahah.. :p bluwekkk.. huhu.. lagi seminggu nak gaji dah.. aduhai.. sen dah tak de ni.. huarh.. cukup2 makan dan pakai je.. tak lama lagi dah nak puasa.. hurm.. get ready je la.. this year, bersahur, berdua je dengan tok. selalu ber3 dengan tok wan.. hurm.. redho je la.. ok la.. till finger meet keyboard again.. kita berkarya lagi di laman blog saya.. huhu..

wassalam,
peace, love and harmony

Thursday, July 22, 2010

. : pasangan : .

assalamualaikum.
aku selalu memikir kan benda ni di kala aku rasa mcm dah tak tau nak buat apa. aduhai.. kenapa ye?? ada sape2 nak tolong bagi pendapat? bole? takde masalah.

kenapa manusia, di cipta ada mata nya 2, berpasangan.
kenapa manusia, di cipta ada hidung nya 2, berpasangan.
kenapa manusia, di cipta ada telinga nya 2, berpasangan.
kenapa manusia, di cipta ada tangan nya 2, berpasangan.
kenapa manusia, di cipta ada kaki nya 2, berpasangan.
kenapa manusia, di cipta ada lutut nya 2, berpasangan.
kenapa manusia, di cipta ada siku nya 2, berpasangan.
kenapa manusia, di cipta ada kening nya 2, berpasangan.
tetapi??
kenapa manusia, di cipta ada hati nya 1, keseorangan.

tentu ramai yang tahu.. dan ada juga yang tak tahu.
dan ramai juga yang pura2 tahu dan pura2 tak tahu.

Sunday, July 18, 2010

. : new life : .

assalamualaikum..
huh..
new life? hurm.
sound great for me..
alhamdulilah.. segalanya berjalan lancar.
segalanya bermula dengan langkah kanan, dengan lafaz kalimah Bismillahirrahmannirahim.
hurm..
sejak aku mula berkecimpung dalam arena mencari rezki buat aku sendiri.
mulai 27 august 2007. kini.. dah 2010.. dah hampir 3 tahun, aku mencari rezki yang halal di sebuah kilang yang terletak di pengkalan. Nama kilang xyah tau la.. company policy kot. heheh. tp yang mana yang rapat dengan aku, pasti tahu.. hurm.. tak pe la.. aku memang dah bertekad.. selepas kerja di situ.. hampir 3 tahun, aku nak memulakan langkah aku dengan kehidupan dan cabarandi tempat lain. berbekalkan pengalaman yang ada. dapatla aku meningkatkan sumber kewangan aku, dan mengukuhkan sistem ekonomi aku. hurm. tahun 2010. memang menjadi pilihan aku. tapi, sayang nya, tanpa di duga.. semuanya, terbantut. aku cadangnya nak merantau.tak mau la duk di ipoh lagi. aku inga nak memperjudikan nasib aku di kilang2 area shah alam, kulim atau penang ke.. hurm.. nak berdiri di atas kaki sendiri.tapi, seperti yang semua maklum, tokwan aku dah pulang ke rahmatullah.bulan 3 yang lepas.selepas kejadian tu,aku mula termenung.. terpikir..adakah patut aku meninggalkan ipoh.? meninggalkan tok tinggal sorang2 di rumah? walaupun, aku bukan nya lekat sangat kat rumah. tapi sekurang2 nya,ada la dia teman. aduhai.. berat sungguh keputusan aku. Tapi, bagi aku.. dimana pun aku bekerja, mencari rezki.. sama saja. yang penting halal dan berkat.selepas ekonomi dunia meleset. company tempat aku kerja pun merudum jugak,, aduhai.. aku dah lebih setahun takde OT. kerja lebih masa, termasuk la.. kerja lebih duit.. hehe. takpe la.. mungkin ujian aku kali ni.. apa2 pun tetap bersyukur. kadang2 lihat kawan2 aku, yang dah siap2 nak kawen, dah ada kereta, dah ada rumah.. haa. macam mana plak tu? aku ni?? aduhai..termenung je la.. hurm.. tapi, alhamdulilah.. selepas hujung bulan 6, kawan aku, norhafiz, (1 shift dn aku since dia masuk samapi la aku berhenti) dia yang bagitau..aku.. weh falie, kat area klebang ada company baru bukak.. nak pakai ramai orang try la.. haa.. aku pun dengan pantas, print je resume yang memang dha ada, dan cover letter, yang ada, aku pun hantar la, dekat comapny tu, pada hari wesak yang lepas. terus je dekat guardhouse tempat tu. Lepas je, 3 ari dr tu, pihak HR, dah call aku. mintak datang interview, pukul 3 ptg. ari selasa. aku pun dah lama gak tak pergi interview. mana la... aku letak tali leher, kasut kulit itam aku ni,suar slacks itam, mana??? hahaha.. ok,bila dah sampai ke hari dan waktu yang di tetapkan. aku pun pergi dengan berkat dari mak, tok, abah dan along, aku berjaya menjawab segala soalan yang diajukan satu demi satu. huhu.. so, tunggu la.. jawapan, kalo diterima... aku pun pulang.. haa.. tak lama la dari lepas aku temuduga, hari kamis nya, dalam jam 7.30 ptg, aku dapat panggilan kata, aku diterima bekerja, dan akan mula pada 5hb julai 2010. kira notis sebulan dari tarikh aku dipanggil.alhamdulilah.. rezki aku kali ni!!!!!!!!! syukur ke hadrat Allah... Esok nya, aku kena pergi medical check updekat hospital pantai puteri. Petang tu, submit repot, dan boleh ambil surat tawaran dari tempat tersebut. yeeeehhaaa!!!! Esok juga, aku terus letak surat letak jawatan, notis 1 bulan. waduh..waduh.. sedih nya nak tinggal kerja aku yang aku dah buat hampir 3 tahun, tapi demi kepentingan diri aku, demi ekonomi dan kewangan diri aku, aku kena berubah! berubah untuk mencapai apa yang di impikan selama ini.. Alhamdulilah, hari ni, akudah 2 minggu berada disana.. hurm.. aku bahagia.. bahagia dengan tugas aku, dengan apa yang ada disekeliling aku.. alhamdulilah.. syukur.. kini aku tidak pula berhijrah kemana2. masih lagi disini. masih lagi di ipoh.tapi semua keadaan adalah berbeza..

new life.
new environment.
new friend.
new job.
new..new..new..

wahh..wah..

im so tired today.. walaupun lepak umah je. tapi cuaca hujan. lembabje.. badan aku pun, naik lembab.. haha. k see uall again wasaalam!

Tuesday, July 13, 2010

. : laman sesawang dah bersawang : .

assalamualaikum pada semua.

huh dah lama aku tak berbicara dalam laman blog aku ni.
aku takde mase langsung nak luang kan untuk update laman blog ni.
huh.
lagipun, aku dah potong perkhidmatan streamyx aku.
kira aku dah tak dapat berhubung dengan dunia yang luas tanpa sempadan ni, hampir 7 bulan jugak la.
tapi kini aku telah kembali.
kembali. tapi masih bersama streamyx. tapi bersama pakej yang lain..
hehe.
pe2 pun. aku dah tak sabar nak update tentang kehidupan aku yang baru.
waduh..waduh..

:-)

see u all on next entry.
see u..
muah!

Friday, April 30, 2010

. : Al- Fatihah buat Tok Wan : .




Al-fatihah..


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
الرَّحْمـنِ الرَّحِيم
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ
غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين
tok wan telah pulang ke rahmatullah pada

18 hb March 2010m bersamaan 2 Rabiul Akhir 1431h


pada jam 11.20 mlm


pada malam jumaat


di atas katil dia


di hadapan


tok , mak, maksu, paksu


tok ndak boy n tok ndak girl


kak zura n husband serta anak2 (danial n rayyan)


serta diriku.


tok wan di semadi kan di tanah penguburan tambun pada keesokan hari nya.


selepas solat jumaat


Semoga roh tok wan disemadi dengan aman dan dicucuri rahmat. terima kasih atas segala pengorbanan dan titik peluh serta keringat.


terima kasih atas kasih sayang yang tak berbelah bahagi.


adik takkan lupakan segala jasa tok wan selama ni.


adik akan jaga tok dengan baik.


adik takkan lupa kan segala pesanan.


masih tak dapat lupa kan ketika tok wan bersama dalam kenangan yang dicipta.


insyaAllah kita bertemu lagi di alam lain.


i love u so much.

Monday, April 26, 2010

. : dari rakyat untuk rakyat : .


Apa pun tahniah kepada Bn kerana telah berjaya menipu Melayu dan sekali gus memenangi PRK Hulu Selangor. Tapi satu persoalan yang harus ditanya kepada diri mereka sendiri. Cukupkah kemenangan dengan majoriti 1,000 lebih sahaja. Sedangkan beratus juta telah dirasuahkan kepada pengundi - pengundi di kawasan Hulu Selangor namun hasilnya amat menyedihkan.

Bn harus sedar bahawa mereka sebenarnya masih belum cukup gagah. Mereka masih tidak mampu menahan amarah gelombang anak muda Malaysia. Mereka tidak boleh menipu diri mereka sendiri bahawa semua anak muda dan mereka yang berada di kawasan bandar telah menolak mereka secara total. Menolak mereka kerana mereka bukan lagi menjadi pilihan untuk menjadi pemerintah yang melindungi rakyat.

Apakah dengan kemenangan yang diperolehi semalam sudah cukup membuatkan Bn kuat semula? Bn terpaksa mengerahkan semua jentera, kementerian, media, ratusan juta ringgit dan menipu bersama - sama dengan SPR barulah mereka mampu menang. Satu kerusi, Bn terpaksa berhempas - pulas untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat yang serba tempang. Apakah para pimpinan BN mampu tersenyum puas? Apakah para pemimpin BN mampu tidur lena dengan kemenangan yang tidak seberapa ini?

Mereka harus sedar, Pilihanraya Umum bakal tiba. Mereka sedar sebenarnya mereka tidak mampu menahan gelombang amarah rakyat. Najib kata ianya satu referundum, ya memang referundum untuk mengukur kekuatan Bn yang sebenarnya. Dengan kemenangan yang sedikit ini, Najib pasti dan sememangnya pasti telah mendapat satu signal jelas bahawa mereka yang berada di bandar masih bencikan Bn.

Peristiwa Ijok jika diizinkan pasti akan berlaku kembali. Mereka menang dengan majoriti seribu namun kita rampas kembali dengan bergaya dan menawan Selangor. Ini sememangnya menakutkan Bn. Orang bandar, anak muda tak kira apa bangsa dan agama sebulat suara menolak Umno dan Bn. PRU masih lagi jalan berliku buat Umno dan Bn. Jangan sesiapa pun baik dari Umno, MIC, MCA menafikannya. Jalan yang berduri dan merbahaya sedang menunggu mereka.

Kemenangan yang mereka kecapi sebenarnya pahit untuk ditelan. PR walaupun kalah namun sebenarnya sedang tersenyum lebar. PRU yang akan datang menjanjikan satu keputusan yang sama dan mungkin lebih kepada Pakatan Rakyat. Kenapa Pakatan Rakyat tersenyum lebar? Kerana mereka sedar kemampuan mereka untuk menandingi gelombang jentera Bn dalam satu - satu P.Kecil teramatlah susah. Namun jika PRU diisytiharkan, maka jentera BN yang datang berbondong - bondong datang ke sesuatu kawasan akan berselerakan ke serata negara dan ini akan melemahkan jentera mereka. Duit yang beratus - ratus juta ditaburkan terpaksa dibahagikan ke serata negara. Maka Pakatan Rakyat mempunyai harapan.

Namun Bn masih tetap ada talian hayat iaitu SPR. SPR sebagai barua tetap Bn akan tetap memastikan BN menang pilihanraya nanti. WAJIB untuk kita terus menyerang SPR semahu - mahunya. Lihat sahaja yang berlaku di Hulu Selangor, beribu pengundi telah dipindah keluar dari kawasan tersebut. Tujuannya hanya satu, MENANGKAN BN. Namun SPR juga tahu kemampuan mereka untuk menipu masih terbatas. Ya mereka berjaya sekali dua, namun sampai bila. Menipu tahun 2004, 2008 terbungkus. Menipu di Hulu Selangor, tidak semestinya dapat menipu satu Selangor.

Jadi tugas Pakatan Rakyat, sudah tiba masanya serangan harus kerap ditujukan kepada kawasan - kawasan kampung. Satu kawasan bandar, 10 kawasan kampung harus diterangkan. Jadikan ianya satu amalan wajib jika mahu menang dengan lebih bergaya.

Tapi satu persoalan yang nak dilemparkan kepada semua. Kalaulah pilihanraya ini mampu menumbangkan BN, sudah pasti pilihanraya ini diharamkan. Sekian

Tuesday, April 13, 2010

. : song of the day : wali band : harga diri : .

Lagu “Harga Diriku”
Artis “Wali”

Di Dirimu aku Menemukan
Yang Mencintaiku
Yang Menyayangiku
Di Dirimu aku Ketakutan
Kau Biarkanku
Kau Tinggalkanku

Reff Wali
Bila Kamu Tak Lagi Denganku
ku Tak Tahu Apa Tuk Jalani Hidupku
Bila Memang Kau Pergi Dariku
ku Tak Ada Lagi Di Dunia Ini

Mengertikah Kau Siang Malamku
dan Tangis Tawaku
Kau Semua Hidupku
Pandang aku Pandanglah Hatiku
aku Tak Mampu Melangkah Tanpamu

Back To Reff Wali

Bukan ku Tak Punya Harga Diri
Tapi Dirimu Begitu Berarti
Kaulah Nafasku Engkau Harga Diriku
Mengerti Aku

Back To Reff Wali

Sunday, March 7, 2010

. : kenangan pahit : ,

Assalamualaikum wbt.
Aku ada ceritera yg hendak di kongsi bersama kalian semua.
Tanggal 5 febuari 2010 masihi bersamaan dengan 20 safar 1431h iaitu hari jumaat.
Ini merupakan satu pengalaman baru bagi kami sekeluarga.
Pelik, aneh, menyeramkan, memenatkan.

Pada hari kejadian, aku kerja shift pagi, dari 6 pagi hingga 2 petang
Oleh kerana hari tu, hari jumaat, balik awal la.
Jam 12.30 pagi dah boleh balik..
Aku pulang seperti biasa ke rumah, sampai je, aku tengok motor tok wan takde.
Pergi ke masjid barangkali, itu je yang bermain di fikiran ku.
Sampai je, terus aku makan nasi yang ada dalam periuk tu.
Tok plak dalam bilik resdung, tengah berubat, ada customer.
Selesai je makan, aku duk dalam bilik, sedang baca akhbar harakah, yang di beli dalam perjalanan pulang tadi di petronas.
Sedang je aku asyik membelek akhbar tersebut, bunyi ketukan pintu.
Tok memanggil aku, apabila aku buka je pintu. Dengan mata tok yang merah2. Sedih barangkali
Tok pun berkata pada aku, menyuruh aku mencari tokwan.
katanya dari jam 9 pagi tadi, tak pulang-pulang dari pergi beli nasi lemak di Taman Perpaduan.
Selalu tak macam ni. Pelik..!

Lantas, aku pakai seluar pendek dengan jaket aku, aku capai helmet aku.
Terus aku bergegas keluar.
Padahal jam menunjukkan, jam 1.30 ptg waktu solat jumaat ni.
Aduhhai..
Aku terus keluar mencari tokwan di Taman Perpaduan.
Tempat yang selalu di kunjungi tokwan setiap pagi bagi membeli nasi lemak.
Aku mencari dan terus mencari.
Melalui jalan ke YTL, bercham, aku terus melalui ke Bandar Baru Putra, terus menuju ke Tanjung Rambutan.
Mata aku melilau merenung mana la tau, nampak kelibat dia di tepi jalan atau nampak motosikal tokwan.
Aku pergi ke semua tempat yang dikunjungi oleh tokwan,
kedai gunting rambut, bank simpanan nasional, klinik suppayah, klinik dr abdul syukor dan fatimah.
huh,...mengeluh aku. dengan cuaca yang panas terik. mana...la.. tokwan ni. pergi mana orang tua ni. hurm..
aku pun terus menuju jalan ke arah chemor. pandang kiri kanan. dengan kelajuan motosikal, hanya 40km/j
samapi je di bukit kinding, aku dah patah balik.
dalam pemikiran aku, mana mungkin tok wan nak sampai ke sini. begitu jauh..
Terus aku patah balik. aku pusing pula di kawasan sunway.
aku berhenti di bawah sebuah pohon.
aku terus membuat panggilan telefon ke saudara poy, jiran aku.
yang bekerja di Hospital Besar Ipoh. mana la tau. tok wan berada di hospital.
kot2 ada kejadian yang tak diingini berlaku ke. hurm. dia dah buat semakan di wad pesakit luar dan wad kecemasan.
Katanya tiada.. aduhhh.. mengeluh aku lagi.
terus je aku pulang ke rumah. hari semakin gelap. nampak macam hujan nak turun.
waduh..waduhh.. susah ati woo.. tadi panas terik, lepas tu, hujan plak. mana la tokwan ni.
selalu kalau hujan pun, pasti dia pulang jugak. redah je hujan, macam takde ape2 berlaku.
al maklum la.. bekas polis hutan. lasak.. duk inmgat macam dia muda lagi, badan tahan. padahal,, nanti balik je, terus demam.

jam pukul 3,sampai je aku di rumah, tok tengah bersiap, nak keluar katanya, pergi ke hospital atau nak pergi buat laporan polis, kalau masih tak jumpa.
aku terus berehat, kerana cuaca di luar, hujan lebat.
tok pergi ke hospital, dengan menaiki van cik syam yang pandu oleh cik awang. huh.
aku hanya ambil bantal dan tidur je, rehat sebentar, badan aku penat sangat kerana bawa moto dengan kelajuan yang minimum smbil memerhati kiri dan kanan.
apabila tok keluar je, aku piun lelap kan mata sebentar,
dalam masa yang sama, aku telah menghantar sms kepada semua rakan-rakan di batu 5 ni, supaya membantu, mana la tahu ada ternampak
tokwan di mana2, aku hantar, pada sesetengah aja, sebab hp aku rosak. masih di kedai, jadi, no yang disimpan tak la terlalu banyak.
aduhh. dugaan betul hanya itu je yang mampu. ada juga yang membalas tanda simpati, dan ada yang membalas tanda tidak percaya.
layankan aje... apabila aku sedar dari tidur, jam menunjukkan jam 5 petang hujan di luar masih renyai2.
Aku terus capai baju dan seluar hujan aku.
Kali ni, aku tekad unutk terus mencari tok wan dalam keadaan cuaca di luar yang masih hujan.
Kali ni aku tekad pergi ke kawasan bercham. huh...
tok wan.. mana laa tok wan pi ni.

hurm..
aku terus mencari dan mencari.
tapi masih gagal mengesan tok wan.
masa aku pulang dari mencari..
aku tengok paksu, maksu dan nafiss dengan cik awang dengan cik ani ada depan umah.
aku sampai je, berhenti motor je.
maksu cakap.
dah jumpa dah.. tokwan.
tokwan ada kat BIDOR.
huh.. mak oiii~!!!! jauh nya.
tok dapat tau tokwan jumpa kat sana. sebab masa buat laporan polis dekat balai tambun.
polis cakap ada laporan ada jumpa orang di kawasan dalam hutan semak samun,
lepas pada kampung poh..dekat estet kelapa sawit.
huh..
panjang lagi sebenar nya.. nanti aku ada masa.. aku smbung k.

Saturday, January 30, 2010

. : song of the day : Cinta Ini Membunuhku ; .

Cinta Ini Membunuhku
by D'masiv

Kau membuat, ku berantakan.
Kau membuat, ku tak karuan.
Kau membuat, ku tak berdaya.
Kau menolak ku, acuhkan diri ku.

Bagaimana, caranya untuk,
meruntuhkan, kerasnya hati mu.
Ku sadari, ku tak sempurna,
ku tak seperti, yang kau inginkan.

Chorus:
Kau hancurkan aku dengan sikap mu,
tak sadarkah kau telah menyakiti ku.
Lelah hati ini meyakinkan mu,
cinta ini, membunuh ku.

Bagaimana, caranya untuk,
meruntuhkan, kerasnya hati mu.
Ku sadari, ku tak sempurna,
ku tak seperti, yang kau inginkan.

Chorus 2x

Woo.. Huu.. Haa..
Lelah hati ini meyakinkan mu,
cinta ini, membunuh ku.

Thursday, January 7, 2010

. : song of the day : tetap bertahan from wali band : .

Tak pernah ku sangka Tak pernah ku duga
Kita kan berjumpa Dan telah bersama
Disiang malam aku Memikirkan kamu
Siang malam kamu Terfikirkan aku
Kita menyatu�

Jangan marah bila ku tak datang bila
Ku tak pulang bukan ku tak sayang
Kumohon kau jangan marah karena
Akan datang waktu ku tak pulang waktu
Ku tak datang.

Kini tiba saatnya kupergi
Kumohon jangan tangisi walau perih
Suatu saat nanti untukmu disini
Ku akan kembali�

Cobalah tetap bertahan Untukku
Dan coba terus bertahan menantiku
Sampai hari nanti sampai ku kembali

Jangan marah bila ku tak datang bila
Ku tak pulang bukan ku tak sayang
Kumohon kau jangan marah karena
Akan datang waktu ku tak pulang waktu
Ku tak datang.

Kini tiba saatnya kupergi
Kumohon jangan tangisi walau perih
Suatu saat nanti untukmu disini
Ku akan kembali�

Cobalah tetap bertahan
Dan coba terus bertahan
Sampai hari nanti sampai ku kembali