Sunday, March 7, 2010

. : kenangan pahit : ,

Assalamualaikum wbt.
Aku ada ceritera yg hendak di kongsi bersama kalian semua.
Tanggal 5 febuari 2010 masihi bersamaan dengan 20 safar 1431h iaitu hari jumaat.
Ini merupakan satu pengalaman baru bagi kami sekeluarga.
Pelik, aneh, menyeramkan, memenatkan.

Pada hari kejadian, aku kerja shift pagi, dari 6 pagi hingga 2 petang
Oleh kerana hari tu, hari jumaat, balik awal la.
Jam 12.30 pagi dah boleh balik..
Aku pulang seperti biasa ke rumah, sampai je, aku tengok motor tok wan takde.
Pergi ke masjid barangkali, itu je yang bermain di fikiran ku.
Sampai je, terus aku makan nasi yang ada dalam periuk tu.
Tok plak dalam bilik resdung, tengah berubat, ada customer.
Selesai je makan, aku duk dalam bilik, sedang baca akhbar harakah, yang di beli dalam perjalanan pulang tadi di petronas.
Sedang je aku asyik membelek akhbar tersebut, bunyi ketukan pintu.
Tok memanggil aku, apabila aku buka je pintu. Dengan mata tok yang merah2. Sedih barangkali
Tok pun berkata pada aku, menyuruh aku mencari tokwan.
katanya dari jam 9 pagi tadi, tak pulang-pulang dari pergi beli nasi lemak di Taman Perpaduan.
Selalu tak macam ni. Pelik..!

Lantas, aku pakai seluar pendek dengan jaket aku, aku capai helmet aku.
Terus aku bergegas keluar.
Padahal jam menunjukkan, jam 1.30 ptg waktu solat jumaat ni.
Aduhhai..
Aku terus keluar mencari tokwan di Taman Perpaduan.
Tempat yang selalu di kunjungi tokwan setiap pagi bagi membeli nasi lemak.
Aku mencari dan terus mencari.
Melalui jalan ke YTL, bercham, aku terus melalui ke Bandar Baru Putra, terus menuju ke Tanjung Rambutan.
Mata aku melilau merenung mana la tau, nampak kelibat dia di tepi jalan atau nampak motosikal tokwan.
Aku pergi ke semua tempat yang dikunjungi oleh tokwan,
kedai gunting rambut, bank simpanan nasional, klinik suppayah, klinik dr abdul syukor dan fatimah.
huh,...mengeluh aku. dengan cuaca yang panas terik. mana...la.. tokwan ni. pergi mana orang tua ni. hurm..
aku pun terus menuju jalan ke arah chemor. pandang kiri kanan. dengan kelajuan motosikal, hanya 40km/j
samapi je di bukit kinding, aku dah patah balik.
dalam pemikiran aku, mana mungkin tok wan nak sampai ke sini. begitu jauh..
Terus aku patah balik. aku pusing pula di kawasan sunway.
aku berhenti di bawah sebuah pohon.
aku terus membuat panggilan telefon ke saudara poy, jiran aku.
yang bekerja di Hospital Besar Ipoh. mana la tau. tok wan berada di hospital.
kot2 ada kejadian yang tak diingini berlaku ke. hurm. dia dah buat semakan di wad pesakit luar dan wad kecemasan.
Katanya tiada.. aduhhh.. mengeluh aku lagi.
terus je aku pulang ke rumah. hari semakin gelap. nampak macam hujan nak turun.
waduh..waduhh.. susah ati woo.. tadi panas terik, lepas tu, hujan plak. mana la tokwan ni.
selalu kalau hujan pun, pasti dia pulang jugak. redah je hujan, macam takde ape2 berlaku.
al maklum la.. bekas polis hutan. lasak.. duk inmgat macam dia muda lagi, badan tahan. padahal,, nanti balik je, terus demam.

jam pukul 3,sampai je aku di rumah, tok tengah bersiap, nak keluar katanya, pergi ke hospital atau nak pergi buat laporan polis, kalau masih tak jumpa.
aku terus berehat, kerana cuaca di luar, hujan lebat.
tok pergi ke hospital, dengan menaiki van cik syam yang pandu oleh cik awang. huh.
aku hanya ambil bantal dan tidur je, rehat sebentar, badan aku penat sangat kerana bawa moto dengan kelajuan yang minimum smbil memerhati kiri dan kanan.
apabila tok keluar je, aku piun lelap kan mata sebentar,
dalam masa yang sama, aku telah menghantar sms kepada semua rakan-rakan di batu 5 ni, supaya membantu, mana la tahu ada ternampak
tokwan di mana2, aku hantar, pada sesetengah aja, sebab hp aku rosak. masih di kedai, jadi, no yang disimpan tak la terlalu banyak.
aduhh. dugaan betul hanya itu je yang mampu. ada juga yang membalas tanda simpati, dan ada yang membalas tanda tidak percaya.
layankan aje... apabila aku sedar dari tidur, jam menunjukkan jam 5 petang hujan di luar masih renyai2.
Aku terus capai baju dan seluar hujan aku.
Kali ni, aku tekad unutk terus mencari tok wan dalam keadaan cuaca di luar yang masih hujan.
Kali ni aku tekad pergi ke kawasan bercham. huh...
tok wan.. mana laa tok wan pi ni.

hurm..
aku terus mencari dan mencari.
tapi masih gagal mengesan tok wan.
masa aku pulang dari mencari..
aku tengok paksu, maksu dan nafiss dengan cik awang dengan cik ani ada depan umah.
aku sampai je, berhenti motor je.
maksu cakap.
dah jumpa dah.. tokwan.
tokwan ada kat BIDOR.
huh.. mak oiii~!!!! jauh nya.
tok dapat tau tokwan jumpa kat sana. sebab masa buat laporan polis dekat balai tambun.
polis cakap ada laporan ada jumpa orang di kawasan dalam hutan semak samun,
lepas pada kampung poh..dekat estet kelapa sawit.
huh..
panjang lagi sebenar nya.. nanti aku ada masa.. aku smbung k.